5/11/16 Old Entry
hi there ,
11 Mei, genaplah usia lil' Amin 18 bulan (setahun enam bulan) ... cepatnya masa berlalu, rasa mcm baru ja bersalinkan lil' Amin ni ;p ....
from a newborn baby to a little toddler kan, lil' Amin tumbuh membesar dengan sihat, very alhamdulillah T_T
at the age of 18 months, perkembangan lil' Amin
- sudah pandai berjalan dengan baik, no more jatuh bangun jatuh bangun.
- tahu turun naik tangga, tapi harus hold mommy's / daddy's hand
- suka melompat lompat ... asal nyanyi katak si katak lompat, mulalah lil' Amin melompat tak hengat dunia, ouch!
- suka menyanyi, tapi lirik lagu tu susah nak faham ... muahaha, anak mommy compose lagu sendiri
- suka muzik .... asal dengar muzik, lil' Amin bagi respon gembira dan kepala badan pun ikut menari ;)
- suka memanjat, so mommy yang bijak ni akan alihkan apa juga benda yang lil' Amin boleh panjat dan mengakibatkan kecederaan #mommyissmarterthanyou
- sudah pandai minum dengan baik guna cawan/training bottle, tapi kenalah mommy perhatikan tiap kali lil' Amin minum, kalau tak, mencuci lantai lah lil' Amin guna air minuman ... lepas tu lil' Amin buat aksi ikan berenang di atas lantai once lantai tu dah basah air kan kan kan *sungguh nakal*
- selalu nak gaduh dengan mommy tiap kali masa berus gigi! ouch ouch ouch .... mommy tak suka la nak paksa paksa lil' Amin berus gigi, tapi terpaksalah juga mommy buat aksi ganas supaya lil' Amin berus gigi kan *tak nak pisang berbuah dua kali, cukuplah abang Iman menghadapi masalah gigi buruk, sob sob sob hati mommy ni*
- pantang diajak berjalan, mesti suka!
- makan solid food dengan baik ... mom mom mom ... tapi asyik nak makan yang sedap sedap sahaja ... asal mommy masak bagi tawar tawar sikit, mulalah buat muka unhappy, lepas tu makanan yang masuk mulut, dikeluarkan .... tak nak makan la tu coz tak sedap kan kan kan ... choosy la you!
- boleh bermain dengan baik ... tahu setiap nama mainan yang ada coz mommy memang suka sangat bagi nama kat mainan korang kan .... tapi kadangkala tak nak share mainan dengan abang Iman ...
- kenal barangan sendiri .... boleh tahu mana satu barang abang Iman, mana satu barang lil' Amin ;)
lil' Amin ada isu masalah berat badan tak naik ... memang mommy and daddy risau lah sangat sangat :( .... usia 12 bulan tak sampai 10kg! deng , very the ringan .... then 15 bulan pun naiknya cuma 0.05kg, mak oiiiii sungguh la tak naik naik berat badan lil' Amin ... tapi bab tinggi tu, no problemo la pula ;) ... so hari tu kita bagi lil' Amin supplement Appeton ... next week appointment sukat timbang dan tinggi di klinik yer, so kali ni mommy berharap berat badan lil' Amin naik dan graf tumbesaran tu dalam range normal T_T
selain tu, lil' Amin tak banyak sangat buang air kecil like your abang Iman yang selalu kena tukar lampin, dan lil' Amin buang air besar sekali sehari, kekadang tu dua hari sekali, tapi nurse yang attend lil' Amin time check up few months ago cakap, it;'s normal as long as lil' Amin tak ada masalah najis berdarah or najis keras mcm batu ;p
sekarang ni , satu hal yang agak merisaukan mommy ialah, lil' Amin belum boleh bertutur dengan lancar ... perkembangan pertuturan lil' Amin sangat lambat ;( sob sob sob .... even nak sebut daddy mommy pun lil' Amin belum mampu :( sob sob sob 26 juta bintang di langit!
hurm ... tapi lil' Amin boleh bagi response setiap kali mommy berbual dengan lil' Amin, maknanya lil' Amin boleh faham apa yang mommy cakap, cuma lil' Amin belum boleh bercakap ... hanya ada sepatah dua yang basic all babies akan cakap such as mom (makan), minum, nen (susu), mbok (ndak mau), bak (main acah acah dengan mommy) .....
selain tu, lil' Amin suka berjalan sendiri sambil dipegang tangan oleh daddy or mommy, and once dah penat, lil' Amin lebih suka duduk sebentar berbanding minta didukung oleh daddy or mommy ;) .... haha, gigih nya lil' Amin mahu berjalan sendiri kan T_T
let's see apa yang lil' Amin ndak suka :-
- ndak suka plastik yang ditiup ala ala menjadi belon
- tiap kali mommy blender sesuatu di dapur, mesti lil' Amin nangis coz takut bunyi bising blender tu .... sob sob, kena tunggu lil' Amin tidur, baru boleh mommy blender blender makanan kan kan kan
- takut bunga plastik! hoho, mommy just acah acah bagi, boleh lil' Amin nangis sekuat hati sampai kluar air mata ... kelakar la lil' Amin ni, takut tak bertempat!
yang lil' Amin suka :-
- bab dibawa berjalan tu, sama ada naik kereta or just jenjalan keliling rumah memang #1
- rebut mainan abang T_T ... apa yang abang pegang, tu juga lah yang lil' Amin
- suka makan kismis, pisang, bread, pudding, rice crackers, biskut ....
- suka main air, basahkan lantai
- suka me'ruak' orang kampung cakap ....
apapun, setiap hari lil' Amin membesar di depan mata mommy, buat hati mommy ni gembira sangat ... dan setiap hari ada ja perkembangan lain lil' Amin .... dan sekarang ni mommy memang very looking forward untuk melihat perkembangan pertuturan lil' Amin, dan setiap hari kita berlatih bercakap, hope soon lil' Amin boleh mula bercakap sepatah dua .... at least say 'daddy' and 'mommy' T_T ...
love chipumpum lil' Amin ketat ketat, xoxo T_T
0 comments