Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah

Hi. Mungkin bagi sebahagian kamu, tiada apapun yang mahu dihairankan abam kurier servis hantar barang sampai depan rumah. Itukan kerja mereka, harus menghantar barang mengikut alamat yang tertera pada bungkusan untuk penyerahan kepada penerima.

Tapi, dalam kes aku ni berbeza tau.

Aku guna alamat PO BOX memandangkan aku ni tinggal di kawasan kampung. Tanah kampung yang hanya dilot-lotkan sahaja mengikut geran tanah, tapi tiada alamat spesifik.

Jadi, posmen, atau kurier service takkan masuk dalam kawasan perkampungan tempat aku tinggal ni. Dan biasanya kalau kurier service seperti JNT, ABX, SKYNET, GDex memang ada collection agent.

Jadi kalau guna alamat PO BOX ni, memang semua bungkusan kena ambil sendiri dekat collection agent tu.

Berbeza dengan City Link yang tiada collection agent di daerah tempat aku tinggal ni. Jadi, kalau yang guna PO BOX tu, dorang akan call dan dorang akan tunggu di pekan. Nanti kita kena keluar jumpa dorang.

Kalau kau tak sempat ambil, terpaksa collect dekat main office dorang di Beaufort, sekitar 30 minit driving dari tempat aku.


City Link Beaufort memberikan perkhidmatan penghantaran parcel terbaik

Aku tunggu parcel ni pasal di dalam tu ada tugas yang perlu aku buat. Well, you knowlah blogger kan, aku memang ambil job untuk product review.

Kalau kamu ada product dan mahu blogger review, anytime boleh contact aku. Kalau kita setuju dengan deal untuk win win situation, aku akan ambillah job tu.

Dan by the way, main blog aku untuk product review boleh klik mrspipdotcom , tq.

Dijadikan cerita, bila aku dapat panggilan parcel aku sudah sampai dan akan dihantar sekitar petang waktu, aku pun bagitaulah City Link kalau dorang boleh call awal sikit nanti pasal akau risau kalau-kalau dorang sampai baru call, nanti aku ada benda lain pula kena buat dan ndak sempat collect barang tu.

Jadi petang tu adik kurier servis City Link ni call yang dorang mau deliver barang. Jadi aku pun bagitaulah adik kurier tu tunggu aku di pekan, nanti akak keluar cari dorang.

Tapi adik kurier tu baik hati sangat.

"Kak, share location rumah kakak, nanti kamu try cari"

Aku risau kalau aku share location pun, mungkin dorang susah sikit mau cari pasal rumah aku bukan terletak di tepi main road. Kena masuk simpang kecil gravel sikit tepi sebelah ada kebun pokok getah, dan sebelah lagi ada kebun pisang pula.

Biasanya kalau yang pertama kali datang, mesti boleh ter-miss simpang masuk rumah aku.

Bila dorang masuk kawasan perkampungan aku ni kan, dorang sesat sampai ke kampung sebelah ... jauh juga dorang tersasar.

Kesian bah.

Aku pun wasaplah dorang bagitau dorang jalan masuk ke rumah aku. Aku make sure dorang untuk ambil simpang jalan yang betul, lepas tu aku bagitaulah dekat simpang rumah aku tu ada kedai runcit.

"Kak, kami sampai sudah dekat ni kedai runcit. Mana satu simpang rumah kakak?"

Aku pun explain. Aku risau dorang terlepas simpang kecil ni. Aku dah plan juga, kalau dorang termiss simpang ni, aku suruh jak dorang stop tepi jalan, nanti minta si suami pergi cari dorang.

Hari dah lah petang, mahu hujan pula tu.

"Kak, betul kan yang ada pokok getah ni?"

Lega aku bila dorang masuk simpang yang betul.

Tidak lama lepas tu, van dorang sampai depan rumah. Dan si suami lah yang pergi ambil parcel aku tu.

Terharu aku dengan kebaikan adik kurier servis City Link hantar parcel sampai depan rumah. Terbaik sangat perkhidmatan dorang.

Semoga dipermudahkan selalu urusan korang kerana korang dah mempermudahkan urusan kakak.

Aku rasa bukan aku punya parcel sahaja dorang hantar sampai depan rumah kan. Baik hati adik-adik kurier ni kan.

Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan kamu.

4 comments

  1. Bagusnya. Terbaik servis diaorang. Usaha cari rumah penerima smpai dpt..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... kesian juga kadang adik2 parcel ni bg yg betul2 buat kerja .. terharu

    ReplyDelete
  3. apa no phone citylink beaufort ni... jazakillah khairan

    ReplyDelete