Iman || Potty Training

 10/5/16 Old Entry

hi there, ini cerita mrs pip berjaya potty training anak dalam 7 hari. Namun, ini hanyalah Fasa yang pertama, dan selepas fasa ini berjaya, anak-anak akan masuk ke Fasa yang ke-dua pula untuk potty training.

Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

mrs pip beli potty jenama sweet heart di Lazada, harganya termasuk postage lebih murah dari supermarket yang jual potty bentuk sama di tempat mrs pip tinggal. Kadang-kadang mrs pip tidak faham kenapa harga diletak mahal sangat pada barangan yang sepatutnya dijual mengikut harga pasaran. Agak-agaklah ya apabila menjual, janganlah letak harga tinggi, nanti semua pembeli memilih online shopping pula.

potty jenama sweet heart di Lazada


Sebenarnya, ini bukan yang pertama kali untuk mrs pip membuat latihan potty training for our boys. Sudah banyak kali tapi malangnya semua tidak berjaya. Dan pada usia Iman sudah melebihi 3 tahun, sepatutnya dia sudah bebas diapers sepenuhnya, tapi mrs pip masih berusaha ke arah itu.

Ini adalah percubaan kali ke-3 dan kali ini mrs pip sangat bersemangat dan positif untuk melatih lil' Iman agar cubaan kali ini berjaya.

Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

Ini adalah rekod gambar percubaan ke-dua (April 2016) untuk Iman potty training, namun cubaan ini gagal. Dia hanya duduk lama di potty tetapi segan untuk pooh-pooh atau pee-pee. Iman agak segan untuk melakukan sebarang urusniaga menggunakan potty.

Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

Walaupun percubaan ini gagal, namun mrs pip tidak putus asa untuk melatih Iman. mrs pip hentikan seketika potty training cubaan ke-dua ini kerana untuk mengelak stress dengan melatakkan harapan yang tinggi bahawa Iman boleh berjaya.

Let's take a break!

Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

Bagaimana mak mak sekalian melatih anak anak menggunakan potty dengan selesa dan berjaya? mrs pip fikir, apapun cara yang kita gunakan agar latihan potty ini berjaya, kita tetap dengan satu matlamat iaitu mahu anak-anak bebas dari sebarang lampin pakai buang dan boleh menggunakan tandas dengan betul dan selamat.

Dulu, mrs pip ingat potty training ini senang, tetapi sebenarnya agak sukar untuk mrs pip lakukan bersama anak-anak dan sangatlah perlukan banyak kesabaran.

Iman berjaya potty training hanya pada usia 3 tahun 6 bulan, dan itupun adalah percubaan yang ke-tiga. Percubaan pertama dan kedua gagal sepenuhnya.

Satu minggu sebelum potty training, mrs pip setiap hari bagitau Iman yang dia perlu menggunakan tandas setiap kali ingin membuang air kecil / besar ... mrs pip akan buat statement mcm ni

"Iman, kalau kencing atau berak, mesti guna potty-potty (tandas duduk) macam mommy and daddy ok" 


alkisahnya, sepanjang satu minggu sebelum potty training bermula, mrs pip ulang ayat yang sama berulang ulang kali dengan harapan Iman akan faham apa yang mrs pip cuba sampaikan.

selepas 1 minggu berlalu, mrs pip MULA the serious POTTY TRAINING untuk Iman.


Cerita hari pertama hingga hari ke-3:-

Untuk 3 hari pertama, mrs pip tidak bagi Iman pakai diapers selepas waktu mandi pagi, dan untuk 3 hari pertama tu, memang serius Iman 'basah' coz belum faham tentang konsep kencing berak di potty potty, but it is ok ....

untuk 3 hari pertama , Iman 'basah' 5 hingga 6 kali bermula dari jam 7am - 3pm, kalau nak potty training, pastikan sediakan seluar yang cukup untuk anak anak anda T_T

selepas jam 3pm, masa untuk mandi petang, so after mandi petang, mrs pip akan pakaikan diapers.


Cerita hari ke-4 hingga hari ke-6:-

Iman menunjukkan kefahaman tentang potty training. setiap kali Iman mau buang air kecil/besar, Iman akan cakap "mommy, Iman want potty" .... tapi still sekali dua tu Iman 'basah' , but it's ok, at least Iman sudah pandai request untuk pergi tandas.

sebelum ni mrs pip belikan Iman a nice potty tapi Iman tak berminat untuk guna, dan lagi suka guna the real mangkuk tandas duduk dalam toilet kitorang ....

Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari


Cerita hari hari ke-7:-

Iman berjaya potty training FASA 1 ... dari mandi pagi hingga waktu mandi petang, Iman tidak lagi menggunaka diapers ...

Sebenarnya apabila fikir balik, bukan susah pun untuk melakukan potty training cuma perlu banyak bersabar.

Lain anak lain lah pendekatan yang digunakan, rasanya. Seperti kes Iman ni, 3 hari pertama memang habislah basah lantai, kejap kejap mrs pip kena mop lantai ...

Sekarang ini, sebulan sudah berlalu, dan Iman sudah tidak perlu menggunakan diapers di siang hari, cuma mrs pip still pakaikan Iman diapers di waktu malam  sahaja. 

Alhamdulillah! selesai satu urusan.

Akan datang, potty training akan masuk FASA 2 - Anak-anak Bebas Diapers, Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya ! 

Jadi, ini adalah cerita mrs pip, cara potty training anak dalam 7 hari. Walaupun gagal sebelum ini, namun itu bukan sebab untuk rasa tawar hati mencuba. Dan satu lagi tips ketika potty training anak, pastikan sedia kain lap untuk lap lantai basah sekiranya anak terkencing di lantai.

Dan jangan marah anak kalau terkencing , mereka bukan sengaja. Lagipun mereka masih kecil dan dalam fasa belajar untuk menggunakan tandas dengan betul.

Mungkin memberikan reward yang bersesuaian juga boleh digunakan sebagai tanda kita berterima kasih dengan anak anak kerana berjaya mengikut latihan yang disediakan atau sebagai tanda kita memberi sokongan kepada mereka dan menjaga emosi mereka agar sentiasa gembira.

happy parenting everyone.

cheers.

0 comments