Old Entry : 12/3/17
hi there, update hari ni mengenai farewell party playschool lil' Iman. well, Iman will move to the Chinese kindergarten next year for his full 2 years kindergarten. sob sob, gonna say goodbye to his playschool, the amazing PAPN Membakut (Pusat Anak Permata Negara Membakut).
Farewell party diadakan pada 18/11, selepas waktu Maghrib iaitu jam 7 malam. majlis perpisahan ni juga merupakan mungkin pertemuan terakhir di antara beberapa pelajar kerana ada pelajar yang sudah mula mengambil cuti panjang. dan lil' Iman akan mula bercuti selepas majlis graduasi yang bakal berlangsung pada 9/12/17.
Farewell party di playschool lil' Iman |
abaikan clerical error pada tahun di dalam banner tu.
seharusnya 2017, tapi 2007 pula yang kena tampal kat banner tu.
acara dimulakan dengan pembuka bicara dari pengerusi majlis, kemudian di ikuti dengan sedikit bicara dari puan pengerusi permata, dan kemudian sedikit kata kata dari ketua pendidik, dan majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan doa selamat.
selepas itu, persembahan anak anak permata. kumpulan pertama ialah anak anak permata 2 tahun bergabung bersama anak anak permata 3 tahun, diikuti dengan anak anak permata 4 tahun (kumpulan 1 - group Iman di bawah jagaan Cikgu Ayu) dan kemudian anak anak permata 4 tahun (kumpulan 2 - di bawah jagaan Cikgu Rozie).
Farewell party di playschool lil' Iman |
anak anak permata berusia 4 tahun ni, buat persembahan untuk majlis graduasi mereka, so kira ni sebahagian dari latihan memberanikan diri untuk majlis sebenar nanti. semangat lil' Iman pegang mikrofon. ekceli, persembahan group lil' Iman ni melibatkan ucapan dan nyanyian, so setiap anak anak ada part masing masing untuk berucap. lil' Iman nampak yakin berucap malam tu ... erk, ekceli lil' Iman mmg sukar nak dipisahkan kalau nampak mikrofon.
Farewell party di playschool lil' Iman |
yang ni pula anak anak permata 4 tahun group Cikgu Rozie. untuk group ni, mereka menyanyikan dua buah lagu. lagu Baby Shark dan lagu Rasa Sayang ... memang happening malam tu semua ikut sama nyanyi lagu baby shark yang tengah hangat viral di pasaran .... tapi gegirl jer lah yang happy nyanyi, yang boys dua orang tu boleh pula nangis coz tak nampak daddy dorang kat depan ... ok daddies, lepas ni korang kena duduk depan depan ... hehe, mcm biasa barisan depan memang mak mak yang conquer.
Farewell party di playschool lil' Iman |
ni parents anak anak permata membakut ... yang mak mak duduk memang meriah ... yang bapa bapa memang suka duduk nun jauh di belakang, tak pun duduk kat luar bangunan ...
Farewell party di playschool lil' Iman |
dah siap buat persemabahan, so terus lah ke acara berikutnya ... iaitu acara nak bagi hadiah. I is suka bab bab hadiah ni ... ingat tak hari tu mrs pip ada share entry pasal lil' Iman final year project bertemakan kenderaan / pengangkutan? final project lil' Iman tu dapat tempat ke-3, yeah! mak suka coz dapat hadiah! ... amboi, mrs pip ni ....
kalau kat playschool lil' Iman ni, hadiah dia memang lain dari kebiasaan ... kalau selalu dapat sijil or piala, kat sini hadiah dia lebih praktikal. kat sini hadiah memang mak mak suka. dapat beras, minyak, tepung, gula, garam. pendek kata barangan keperluan dapur. jimat duit nak beli minyak masak kalau dapat sebotol dua kan ...
Farewell party di playschool lil' Iman |
mrs pip ucapkan syabas kepada semua pelajar cemerlang. dan Iman diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang pada malam tu. as a mom, yes I am happy.
Farewell party di playschool lil' Iman |
semua anak anak permata juga mendapat cenderamata dari playschool, iaitu tuala bersulam nama sendiri dan nama penuh playschool serta ada lencana sekolah ... yang girls dapat pink towel, boys pula dapat blue towel. thanks permata playschool, sediakan tuala sulam yang cantik.
Farewell party di playschool lil' Iman |
farewell party ni ada tema ekceli, tapi ramai yang tak ikut tema. muehehe. temanya hitam merah formal english style. tapi ada mrs pip nak kisah tema ni? kisahlah juga, tapi nak buat macam mana, takkan nak beli baju semata mata nak pakai sekali saja kan, so kita mix n match sajalah ... kalau boleh, cikgu siap suruh bapa bapa pakai suit. ambik kau! ... rasa mcm nak kawin pun ada bila fikir nak pakai suit kan ... keluarga Casey yang paling dekat dengan tema yang diberikan.
Farewell party di playschool lil' Iman |
lepas tu, tengok jam dah boleh makan dah ... so kita makan dulu. lapar lah ... anak anak pun lapar... time makan tak da nak ambil gambar, semua busy mengunyah ... lagipun bateri kamera mrs pip totally depleted malam tu ... jadi, terpaksa tukar jurukamera ... kerjakan cikgu Ain untuk ambil gambar malam tu pula ganti mrs pip ....
cikgu Ain yang sentiasa manis dgn senyuman
Farewell party di playschool lil' Iman |
lepas tu ingat dah habis dah ... eh, sabar la dulu, ada lagi hadiah nak bagi ni .. since ada few parents dapat cari sponsor untuk sediakan hamper, so malam tu, setiap family juga membawa pulang hamper percuma daripada para sponsors. sponsor ni ada yang disediakan sendiri oleh beberapa family, tapi ada yang disponsor oleh orang luar hasil carian parents yang lain. thanks parents yang lain coz berusaha untuk dapatkan extra hamper untuk semua family bawa balik sorang satu. so malam tu tiada family yg balik dengan tangan kosong.
Farewell party di playschool lil' Iman |
kek perpisahan khas untuk anak anak 4 years
gambar pre-convo you ols
Farewell party di playschool lil' Iman |
selesai acara bagi bagi hadiah ni, ada pula acara potong kek perpisahan untuk anak anak 4 tahun. syahdu la ... sedih juga bila tau budak budak ni tahun depan no more di playschool. mrs pip dengar cuma ada satu dua yang akan stay untuk permata 5 tahun, tapi yang lain semua akan berpindah, termasuklah lil' Iman .... apapun, mrs pip doakan yang baik baik untuk semua anak anak permata, sampai jumpa lain di lain waktu.
Farewell party di playschool lil' Iman |
dan seperti biasa, takkan sah kalau tiada bergambar beramai ramai selepas habis majlis kan ... mestilah nak ada gambar kenang kenangan juga ... malam tu, semua muka happy, padahal dah larut sangat kitorang siap habis acara, almost 11 pm.
sebelum gerak balik rumah, seperti biasa, kitorang semua bersihkan kawasan sekolah dulu terutamanya bahagian ruang balkoni yang digunakan sebagai ruang makan, dan semua perabot dalam kelas di susun semula seperti biasa. lepas tu baru kitorang balik. dan time nak balik tu,
hujan mula turun. maybe hujan tu mewakili sudut hati kami yang terasa sedikit sedih kerana ada yang akan berpisah selepas ini.
apapun,we LOVE PAPN Membakut ...
banyak kenangan tercoret di sini, yang tinggal pasti hanya memori, namun itulah lumrah kehidupan. yang bertemu pasti akan berpisah bila tiba saat waktunya.
cheers.