PAPN || Raya 2017

 Old Entry: 8/3/17

hi there,

well, raya aidilfitri dah tamat T_T baru ada kesempatan nak up entry raya lil' Iman at his playschool :) ... Permata (Membakut) celebrate raya pada 21/7/17 , majlis berlangsung selesai Maghrib ... cikgu cikgu saja jer buat waktu malam so semua parents diharap dapat hadir ... kalau waktu siang, ramai parents yang kerja kan, especially yang fathers ...

setiap family diminta untuk potluck, well! I is suka bab bab potluck ni, masing masing masak lauk pauk sendiri dari rumah, then hidangkan untuk makan berjemaah bersama sama keluarga Permata yang lain ... mrs pip & family bawa ayam masak kari ... ekceli, menu masakan sudah ditentukan oleh the organizer, so senang setiap family kan, tau dah nak masak apa ...

PAPN Raya 2017
abaikan tudung mrs pip yang serabut dikerjakan oleh lil' Amin;
tudung bawal beribbon, best pakai, harga cuma RM18.00
beli kat blogger Wawa T_T


sambutan raya di playschool lil' Iman ni bukan setakat datang makan makan saja, ada acara lain juga ... kitorang datang agak lewat, terlepas satu acara iaitu kids raya fashion show :( ... ala, tak dapat tengok anak anak Permata beraksi di runway ...

time kitorang datang tu, acara karaoke raya dah nak start ... yang ni khas untuk bapa-bapa sahaja, dan ikut kumpulan keluarga masing-masing ... mrs pip keluarga kumpulan biru, ada 7 keluarga, tapi yang nyanyi tu cuma 4 orang sahaja, ok lah tu kan, ada wakil lah juga ... I is paksa mr.Husband untuk nyanyi sama ...muehehe ....

PAPN Raya 2017
mana mrs pip?


lepas karaoke dah selesai, acara anyam ketupat bersama ibu-ibu pula ... mrs pip join game ni, seronok duduk ramai ramai dengan ibu ibu sekalian, gelak gelak nak anyam ketupat .. wei! cikgu cikgu Permata bijak giler, ingatkan dorang nak kita anyam ketupat guna daun kelapa , tapi tak ...

cikgu cikgu tu boleh bagi riben, tapi giler pendek sangat riben tu. sorang dapat dua daun riben, tak stapler yer .. dah lah riben pendek, riben lepas pulak tu, macam mana nak anyam ni? .... 5 minit untuk siapkan anyam ketupat ni ...

kita pun anyam la kan, ibu kat sebelah mrs pip kebetulan ada bawa stapler dlm handbag :) , apalagi, kitorang stapler ler riben mitorang semua ... aish! mcm mana pula ibu tu boleh terfikir nak bawa stapler yer, anyway thanks mommy Casey pinjamkan stapler utk kitorang semua T_T ...

dah selesai acara anyam ketupat, beralih kepada persembahan bunga api ... yang ni kitorang beli bunga api collection duit parents + sumbangan Permata , yang ni just nak memeriahkan majlis raya tu plus untuk bagi anak anak happy ... dapatlah tengok bunga api 32 das kalau tak silap T_T

PAPN Raya 2017
gambar akhir sebelah kiri: cikgu cikgu sumandak PAPN Membakut :)


dah selesai semua acara, well kita makan! semua enjoy ... ada kelupis, kari, rendang, ayam halia, sosej, mee, nasi, soto, kuih raya, kek raya, air cendol, minuman kordial, dan lain lain tu tak ingat dah ... thanks to all parents yang bawa all the awesome food and drinks for that nite ...

lepas dah siap makan tu, kita bersihkan kawasan sekolah, kutip semua sampah and bapa-bapa diminta mop lantai ... dah siap, kita gambar ramai ramai sebagai tanda kenangan raya tahun 2017 di Permata (Membakut) ... majlis selesai jam 11 malam ....

p/s: muehehe, yang anyam ketupat tu, mrs pip dapat 1st place! woha .... dan mr.Husband and his group dapat tempat ke-3 nyanyi karaoke tu .... baru tau ada penilaian pakaian sedondon, yang menang ialah keluarga Rayyan ... dengar2 dah dua tahun berturut2 family ni menang pakaian sedondon .. congrats! .. tapi memang sesuailah dorang menang award ni, family ni yang paling sedondon malam tu T_T


entry ni just for sharing the memories untuk lil' Iman in his playschool  ... once lil' Iman dah besar dah boleh baca blog mommy, nnt lil' Iman bolehlah imbas kenangan lalu bersama kawan2 and cikgu2 di Permata ... love the school a lot! ....

thanks for reading everyone, xoxo...

cheers

0 comments