Ayam Telur

 Old Entry : 30/7/17


hi there,

bulan ni, tema dokumentasi untuk dihantar ke sekolah lil' Iman ialah berkaitan dengan haiwan ... jadi, mrs pip pun ikutlah tema yang ditetapkan ... kali ni, dokumentasi ialah lil' Iman; let's feed the chicken! jom kasi makan ayam ....

dokumentasi yang dihantar untuk bulan Julai ke sekolah lil' Iman


suka lil' Iman dapat pegang ayam ni tau, bukan dia takut pun, mrs pip yang risau takut lil' Iman kena patuk ayam :) ... *ignorant mommy* muehehe ....


ni ayam telur, asalnya ada 30 ekor, tapi few months ago, dua ekor tu mati, so tinggal 28 ekor .... cuma nak tunggu ayam ayam ni semua bertelur tu, kena sabar banyak banyak ....

yang ayam kampung pula, alahai, kurus lah sangat ... nak cakap tak makan, padahal kuat makan ayam ayam kampung ni, ada 6 ekor semua ... bagi jagung, kejap ja habis, bagi nasi lagilah ayam kampung ni suka sangat ... sesekali bagi ubi kayu atau kelapa kalau ada ....

mula mula, mrs pip pun takut nak bagi ayam ayam ni makan, takut kena patuk ... cis, padahal ayam tu bukan nak patuk tangan mrs pip pun, ayam ayam ni cuma nak patuk jagung dalam mangkuk yang mrs pip pegang ....


kalau ayam telur tu, kena bagi makan baja gemuk , once ayam telur ni dah cukup gemuk nanti mixkan dengan baja telur, kot kot nanti bertelurlah ayam ni ... lepas ni nak makan telur, boleh ambil fresh from the reban! .... insya allah ....

tu je lah aktiviti lil' Iman bersama ayam ayam sekalian ... dokumentasi pun dah hantar kat sekolah lil' Iman, dapatlah 1 jam kredit di bulan Julai ....

cheers.

0 comments