PAPN || Aktiviti Bawa Haiwan

 Old Entry:

hi there, setiap bulan di playschool lil'iman, ada saja aktiviti menarik yang dibuat bersama cikgu dan anak anak murid .... ada masanya, cikgu berkongsi gambar di whatsapp, yang selainnya kalau nak check full pics, kena tengok facebook ....

PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


gambar di bawah ni ialah antara aktiviti harian / bulanan yang cikgu kongsikan di group whatsapp ... kalau boleh, nak saja minta cikgu kongsi aktiviti harian lil'iman setiap hari di sekolah melalui whatsapp, tapi segan la pula 😂 ...

PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


biasanya, aktiviti harian ni cuma melibatkan cikgu dan anak murid, tapi kalau aktiviti bulanan yang dirancang ketika setiap kali dalam mesyuarat bulanan ibubapa dan pendidik, yang ni akan melibatkan ibubapa untuk hadir ke sekolah 😀, dan yang pasti sesiapa yg hadir akan dapat 1 jam kredit .....

PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


kalau bulan Jun hari tu kita berpuasa, so aktiviti agak terhad, but still cikgu cikgu berusaha untuk adakan aktiviti ... aktiviti bulanan bulan Jun bersama ibubapa ialah majlis iftar dan sembahyang terawih di sekolah ... malangnya mr.Husband outstation, dan lil'armies pula sakit, so family mrs pip tak dpt join .... dapat 2 jam kredit sesiapa yg attend majlis tu ...

untuk bulan July pula, ada dua program, satu MAJLIS RAYA ... dan satu lagi program ialah HARI BERSAMA HAIWAN ... yang ni, semua murid diminta untuk bawa binatang ke sekolah ....

mrs pip hantar ayam telur seekor kat sekolah ... antara haiwan lain yang dibawa ialah beberapa jenis kucing, ayam jantan, arnab, beberapa jenis ikan, dan belalang ... mula mula nak bawa tupai hitam, mak mertua dah siap masuk dalam kurungan, tapi sehari sebelum nak bawa tu, tupai hitam tu mati sakit ... nak bawa monyet, tapi kurungan monyet tu besar, tak muat masuk dalam kereta 😢 ... so bawa ayam telur sajalah ....

PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


selain tu, sebelum HARI BERSAMA HAIWAN hari tu, ada pemeriksaan gigi di playschool lil'iman ... gambar ni diambil oleh cikgu Rozie ... semua anak anak tak terkecuali untuk diperiksa gigi .. and thumbs up untuk semua anak anak, tiada seorang pun yang takut atau menangis, relax ja dorang kata cikgu ... gambar di atas ialah lil'iman dan hariz ketika sedang diperiksa gigi ....

tu saja antara serba sedikit perkongsian aktiviti di playschool lil'iman sepanjang jun-julai 2017 .... hope all the kids sentiasa happy datang sekolah, cuma lil' iman lately byk sgt cuti, kejap2 selesema ... hurm 😥😥😥 .... dan bila dpt selesema ni, mrs pip mmg tak bg lil'iman pigi sekolah, nnt tak pasal2 anak2 lain pun terjangkit sama ....

thanks for reading, xoxo

cheers.

0 comments