Rumahtangga || Perkara Yang Isteri Perlu Buat Kalau Suami Merajuk

Perkara Yang Isteri Perlu Buat Kalau Suami Merajuk

Perkara Yang Isteri Perlu Buat Kalau Suami Merajuk


🍀 Perlu Cari Sebabnya.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui mengapa punca lelaki itu merajuk. 

Jangan hanya biarkan sahaja. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan anda. 

Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.

🍀 Masak Makanan Kegemarannya

Sebagai tanda meminta maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari diselitkan bersama nota ‘minta maaf’. 

Kemungkinan selepas membaca nota itu, dia akan menghubungi anda dan keadaan kembali menjadi normal seperti sedia kala. Tak cuba mesti tak tahu kan?

🍀 Buat Kejutan Untuk Dia.

Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata kali ini, anda pula yang mengajaknya? 

Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali seperti biasa selepas melakukan perkara ini. Cubalah dahulukan?

🍀 Berikan Dia Ruang.

Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. 

Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

🍀Gunakan Kreativiti Anda. 

Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. 

Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.

🍀Kelemahan Diri.

Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? 

Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.


Sumber : Perkongsian dari Telegram

0 comments