5/23/17 Old Entry
hi there,
majlis sambutan hari guru + hari ibu diadakan di playschool lil' Iman hari Rabu tu ... serius meriah T_T ... acara dimulakan dengan ucapan pembukaan ketua pendidik, diikuti ucapan dari pengerusi (wakil ibubapa) dan bacaan doa.
selesai baca doa, terus ke acara program, dimulakan dengan slot pemberian 'hadiah misteri' dari suami kepada isteri, tanpa pengetahuan isteri ... wah, ada komplot rupanya ... komplot si ketua pendidik, dengan sang suami suami mak mak semua ... aiseh cikgu.
terkejut mak mak semua tiba tiba dapat hadiah dari suami ... ada yang sampai menitiskan airmata, rasa terharu ... ada pula yang memang tak pernah dapat hadiah dari suami sempena hari ibu ...so once dapat hadiah tu, memang tidak terkata-kata ...
ramai suami yang berikan kejutan hadiah untuk isteri masing masing .... ceritanya cenggini. sebelum majlis ni berlangsungkan, gigih ketua pendidik call semua husband tanpa pengetahuan si siteri, dan bagitau misi untuk berikan kejutan untuk si isteri ....
tada! ni lah dalang utama di sebalik kejutan misteri tu ... dan yang bestnya, habis semua surat / kad cinta dibaca secara terbuka oleh ketua pendidik kita ni ... haha, mak mak apalagi, gelak gelak lah ... then bila nama dipanggil , wahhhhh malu malu gitu. cewah! caya lah cikgu Rozie.
kumpulan mak mak ... time ni ada persembahan daripada kids 3 years old .... alaaaa yang 2 years old tu cute , cuma 2 gegirl ja, Adira dan Najihah ... siap pakai butterfly2 lagi .... tak snap la pula gambar budak cute berdua tu ...
so lepas kids 2 years old tu buat persembahan, diselangseli dengan persembahan dari mak mak la juga ... yang ni group #1 yang buat persembahan, so ada 2 pilihan either berlakon atau menari ... group ni pilih utk berlakon ... seronok la tengok mak mak ni berlakon semua,, mmg ada bakat terpendam gitu T_T
lepas dah mak mak habis berlakon, selang seli dengan pemberian hadiah misteri lagi, lepas tu kids yang 3 years old pula ready buat persembahana ... budak budak ni menyanyi incy wincy spider, head toe and shoulder, dan juga quack quack quack kalau tak silap ....
ada yang sporting ikut ja apa yang cikgu dorang buat, tapi ada juga yang nangis coz taknak berpisah dgn mommy ... alahai, comel semua ...
ni pula persembahan dari kids 4 years old? nampak tak mana our lil' Iman? ... mrs pip ada rakam video yang part ni, hehe. teruja pula tengok lil' Iman punya persembahan ... dah lah lil' Iman 2 minggu tak dtg kelas coz selsema memanjang ... then Monday tu dia praktis la nyanyi2 ni, then yang Tuesday 16/5 tu buat persembahan ...
ni group mak mak yang ke-3 buat persembahan ... ni siap ada kipas lagi ... ingatkan nak dancing tarian amoi cina yang pakai kipas2 tu kan, tapi sangkaan mrs pip meleset ... tak silap lagu manuk manuk ...
tengoklah lil' Iman, tak habis2 dengan obsesinya ... biarlah anak, yang penting jangan nak meragam, so mommy boleh enjoy watching the performance ...
kalau ibu ibu lain dapat surprise gift dari suami masing masing kan ... hah! yang ni pun surprise juga ... ni keluarga Ilham ... mama ilham birthday sehari sebelum hari guru, so bapa ilham pura pura lah lupa birthday wife dia kan .. then wife dia cakap "anak-anak boleh ja ingat birthday kita, ni husband sendiri lupa birthday kita" .... uauaua, merajuk pula bunyinya ....
then time sambutan hari guru & ibu berlangsung, terkezut mama ilham bila dapat hadiah kek dari si suami ... siap bapa ilham menyanyi penuh perasaan T_T ...
yang ni pula group ke-4 mak mak buat persembahan ... siap pakai mask lagi ... tarian dorang pun boleh tahan .... ramai ni mak mak ada bakat terpendam .... T_T
ni lah barisan pendidik di Permata ... lima orang semuanya ... cun cun pula tu T_T , muehehe .... ingat mak mak ja buat persembahan ... cikgu2 ni pun kena buat juga ....
and I tell you ols, cikgu cikgu ni menari memang paling gempak ... mula mula mendayu2 menari arirang kan, lepas tu tetiba lagu rock pula ... wah! caya lah cikgu ... then lagu bollywood pula ... banyak tarian cikgu cikgu ni persembahkan ... memang kaut keluar semua bakat terpendam tu :)
jom layan gambar gambar lain pula :) .....
tapi mrs pip tak tunggu sehingga majlis selesai ... habis semua buat persembahan, dan cikgu2 terima hadiah daripada parents ... mrs pip terus balik ... mmg tak sempat nak menjamu selera ... mr.Husband rushing kena masak untuk majlis di rumah mak mentua ...
sambutan hari guru dan ibu di playschool lil' Iman disambut sederhana, tapi meriah ... hope everyine have a pleasant evening on that day T_T
cheers.
0 comments