Bawan Lady

Diary of Pip

  • Home
    • Promosi Di Shopee
      Cara Buat Ayam Goreng Paling Senang Dan Sedap | hai. Ok siapa suka makan ayam goreng? Aku yakin memang ramai manusia dalam dunia ni yang suka ayam goreng. Cuba tengok dan lihat, restoran KFC tu misalnya, sentiasa tambah cawangan kan, mana ada cawangan dia tutup? Kenapa? Pasal ramai yang suka makan ayam goreng , cia cia cia.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Aku pun sama jak macam kamurang, suka makan ayam goreng. Tapi aku malas mau buat versi resipi susah. Lagi senang resipi tu, lagi aku suka. Lagi best kalau boleh guna satu dua bahan sahaja, tapi rasa tetap sedap di tekak aku.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Aku punya resipi ni, bukan rahsia lagi. Aku guna saja tepung goreng rangup serbaguna jenama Bestari. Aku tahu pasal tepung ni pun pasal kawan aku ajar buat kudap-kudap isi ketam campur serbuk cheese.

      Dia bilang guna jak tepung Bestari ni pasal sudah cukup flavor dan tidak perlu telur. Jadi aku memang suka betul dengan sebarang resipi mudah tapi syaratnya bahan-bahan mestilah yang senang aku beli di pekan.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Guna tepung Bestari untuk perapkan ayam dulu. Hanya basahkan sedikit tepung cukup untuk buat ayam boleh digolek-golekkan kan di dalam bancuhan tadi.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Sudah gaul rata bancuhan tu, jadi peraplah ayam goreng selama 30 minit macam tu. Kalau malas mau tunggu, at least 15 minit perap apa salahnya kan.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Lepas biarkan ayam di dalam bancuhan tadi, sekarang ambil tepung Bestari yang kering. Kejap lagi kita akan gaul kering ayam yang sudah diperap ya.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Gaul ayam ke dalam tepung Bestari yang kosong tadi. Ketepikan.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Gaul sehingga semua sehingga sedia untuk digoreng.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Boleh letak breadcrumb tapi aku memang jarang pakai ni breadcrumb. 
      Masak ikut suka , dalam oven atau deep fry.
      Anak-anak suka deep fry, jadi melayan ikut selera anak.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Pasal aku suka rosemary powder, jadi letak rosemary powder sedikit ya ke atas ayam yang diperap dengan tepung kering sebentar tadi.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Masa untuk menggoreng. Guna api sederhana sahaja.
      Janganlah overcook nanti ayam hilang juicy nya kan.

      cara buat ayam goreng paling simple dan sedap

      Nah siap,

      Bah marilah makan. Kalau lambat jangan menyesal tau.

      Jadi lepas ni tiada alasan malas untuk buat ayam goreng paling senang dan sedap.


      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       

      Sayur Bayam Kampung Tumis Sosej dan Telur, Sedap Bah Rasa


      hi.

      Suami petik sayur bayam kampung dekat laman rumah. Bolehlah di tumis untuk makan tengahari kami berdua. Anak-anak jarang sangat makan sayur.

      Lepas tu rendam seketika bayam sebelum dibasuh bersih.

      Dah bersih, bolehlah potong dan tumis ikut suka korang.

      Macam aku memang suka sangat dengan bayam kampung ni.

      Aku tumis dengan bawang putih, letak telur dan kemudian aku masukkan hirisan sosej.

      Dah masak, siap untuk dimakan. Dan.jangan lupa pula tambah garam dan perisa ikut suka korang. Aku just letak pati ayam sikit.

      Kebetulan ada bunga kantan, so aku add in sikit hirisan bunga kantan, lagi sedap aku rasa. Bunga kantan tu kakak ipar yang bagi beberapa hari lepas.

      Kamurang suka makan bayam kampung? Aku ni asal sayur daun, memang suka makan. Dekat keliling rumah, si suami bah rajin betul tanam. Aku tukang ambil saja nanti.

      Menu biasa-biasa saja ni, sedap bah dimakan sewaktu panas-panas lagi lagi kalau hujan lebat.

      hari ni lunch, kamurang makan apa?

      take care.

      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Hi. Mungkin bagi sebahagian kamu, tiada apapun yang mahu dihairankan abam kurier servis hantar barang sampai depan rumah. Itukan kerja mereka, harus menghantar barang mengikut alamat yang tertera pada bungkusan untuk penyerahan kepada penerima.

      Tapi, dalam kes aku ni berbeza tau.

      Aku guna alamat PO BOX memandangkan aku ni tinggal di kawasan kampung. Tanah kampung yang hanya dilot-lotkan sahaja mengikut geran tanah, tapi tiada alamat spesifik.

      Jadi, posmen, atau kurier service takkan masuk dalam kawasan perkampungan tempat aku tinggal ni. Dan biasanya kalau kurier service seperti JNT, ABX, SKYNET, GDex memang ada collection agent.

      Jadi kalau guna alamat PO BOX ni, memang semua bungkusan kena ambil sendiri dekat collection agent tu.

      Berbeza dengan City Link yang tiada collection agent di daerah tempat aku tinggal ni. Jadi, kalau yang guna PO BOX tu, dorang akan call dan dorang akan tunggu di pekan. Nanti kita kena keluar jumpa dorang.

      Kalau kau tak sempat ambil, terpaksa collect dekat main office dorang di Beaufort, sekitar 30 minit driving dari tempat aku.


      City Link Beaufort memberikan perkhidmatan penghantaran parcel terbaik

      Aku tunggu parcel ni pasal di dalam tu ada tugas yang perlu aku buat. Well, you knowlah blogger kan, aku memang ambil job untuk product review.

      Kalau kamu ada product dan mahu blogger review, anytime boleh contact aku. Kalau kita setuju dengan deal untuk win win situation, aku akan ambillah job tu.

      Dan by the way, main blog aku untuk product review boleh klik mrspipdotcom , tq.

      Dijadikan cerita, bila aku dapat panggilan parcel aku sudah sampai dan akan dihantar sekitar petang waktu, aku pun bagitaulah City Link kalau dorang boleh call awal sikit nanti pasal akau risau kalau-kalau dorang sampai baru call, nanti aku ada benda lain pula kena buat dan ndak sempat collect barang tu.

      Jadi petang tu adik kurier servis City Link ni call yang dorang mau deliver barang. Jadi aku pun bagitaulah adik kurier tu tunggu aku di pekan, nanti akak keluar cari dorang.

      Tapi adik kurier tu baik hati sangat.

      "Kak, share location rumah kakak, nanti kamu try cari"

      Aku risau kalau aku share location pun, mungkin dorang susah sikit mau cari pasal rumah aku bukan terletak di tepi main road. Kena masuk simpang kecil gravel sikit tepi sebelah ada kebun pokok getah, dan sebelah lagi ada kebun pisang pula.

      Biasanya kalau yang pertama kali datang, mesti boleh ter-miss simpang masuk rumah aku.

      Bila dorang masuk kawasan perkampungan aku ni kan, dorang sesat sampai ke kampung sebelah ... jauh juga dorang tersasar.

      Kesian bah.

      Aku pun wasaplah dorang bagitau dorang jalan masuk ke rumah aku. Aku make sure dorang untuk ambil simpang jalan yang betul, lepas tu aku bagitaulah dekat simpang rumah aku tu ada kedai runcit.

      "Kak, kami sampai sudah dekat ni kedai runcit. Mana satu simpang rumah kakak?"

      Aku pun explain. Aku risau dorang terlepas simpang kecil ni. Aku dah plan juga, kalau dorang termiss simpang ni, aku suruh jak dorang stop tepi jalan, nanti minta si suami pergi cari dorang.

      Hari dah lah petang, mahu hujan pula tu.

      "Kak, betul kan yang ada pokok getah ni?"

      Lega aku bila dorang masuk simpang yang betul.

      Tidak lama lepas tu, van dorang sampai depan rumah. Dan si suami lah yang pergi ambil parcel aku tu.

      Terharu aku dengan kebaikan adik kurier servis City Link hantar parcel sampai depan rumah. Terbaik sangat perkhidmatan dorang.

      Semoga dipermudahkan selalu urusan korang kerana korang dah mempermudahkan urusan kakak.

      Aku rasa bukan aku punya parcel sahaja dorang hantar sampai depan rumah kan. Baik hati adik-adik kurier ni kan.

      Semoga Allah sahaja yang membalas kebaikan kamu.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

      Ayam Korean Ganjang Chicken

       Hi.

      Tadi lunch aku mulanya mau masak ayam kicap. Tapi entah kenapa ternampak madu sebelah tu kicap, terus aku tukar resipi masak ayam madu macam tu ala-ala ayam korean ganjang chicken.

      Macam ni lah aku, ada masanya kalau masuk dapur untuk memasak, mula-mula mau masak Resipi A, tapi pandai tu otak kasi switch pigi Resipi B, Resipi C.

      Ndak apa bah kan, asalkan menjadi masakannya. Anak-anak makan sehingga menjilat jari kesedapan dan alhamdulillah kekenyangan dorang.

      Membesarlah anak-anak mommy dengan sihat. Lepas ni bolehlah mommy masak ayam kari kita makan sama-sama. Anak anak jenis yang ndak akan makan pedas. Dorang kalau nampak sos cili pun geleng-geleng tu kepala ndak mau, apakan lagi kalau nampak lada atau kari.

      Kesian mommy suka makan kari tapi terpaksa makan dengan daddy jak. Mommy pula malas betul mau masak banyak banyak resipi dalam satu masa.

      Ni kalau kami makan ayam kari, terpaksa lagi masak ayam kicap atau ayam goreng untuk anak-anak.

      Lupakan dulu tu cerita ayam kari. Yang pasti makan tengahari tadi mommy happy pasal anak-anak berselera makan. Si bongsu tu sajalah yang masih picky eater.

      Malaslah mau layan si bongsu ni. Kalau dia makan, alhamdulillah. Kalau dia ndak mau makan, kasi minum susu dan makan oat sajalah dia. Melayan tu dia kalau oat atau muesli bah. Lain betul selera si kecil ni.

      Mau resipi Korean Ganjang Chicken ni, nah ni resepi penuh di sini. Kamu klik saja tu link ok.

      Resipi Ayam Masak Madu Sedap ala-ala Korean Ganjang Chicken


      lunch tadi kamurang makan menu apa?

      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Newer Posts Home

      ABOUT ME

      Diary of Pip - It is a never ending journey of me being a mommy. I am so grateful having my precious gems (my kids) and I feel blessed to have them. And here is where I pen down the stories of my life as a mother.

      SUBSCRIBE & FOLLOW

      Follow Pip

      Pip Stories

      • ►  2021 (148)
        • ►  October (1)
        • ►  August (6)
        • ►  June (5)
        • ►  May (10)
        • ►  April (30)
        • ►  March (96)
      • ▼  2020 (4)
        • ▼  December (2)
          • Cara Buat Ayam Goreng Paling Senang Dan Sedap
          • Sayur Bayam Kampung Tumis Sosej dan Telur, Sedap B...
        • ►  November (2)
          • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
          • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula...

      POPULAR POSTS

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula Buat
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9

      Tiara Empires

      • Pip Notes
        How to Encourage Siblings to Play Together Nicely
      • Bawan Lady
        Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Pip MommyKiddie
        Susu Nouqman Hilangkan Sembelit Dan Masalah Usus Penghadaman Anak
      • The Notes
        Elak Tidur Guna Kanta Sentuh
      • Today Love Letter
        Life Quotes #6

      Categories

      Amin BFF Christmas Family Farms Happy Birthday Iman Jalan-Jalan Kiddie Masakan Parenting Personal Pre-School RumahTangga Tips Wordless

      Advertisement

      Blog Stats

      Contact Admin

      Name

      Email *

      Message *

      Popular Posts

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
      • Iman || Beaufort Fire Station #1

      Labels

      Amin 77 BFF 3 Christmas 1 Family 13 Farms 1 Happy Birthday 9 Iman 84 Jalan-Jalan 1 Kiddie 4 Masakan 3 Parenting 2 Personal 1 Pre-School 13 RumahTangga 1 Tips 3 Wordless 1

      Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes