Bawan Lady

Diary of Pip

  • Home
    • Promosi Di Shopee

       12/16/18 Old Entry

      hi there, cerita minggu kedua Iman n Amin cuti sekolah ... seperti biasa, tuisyen setiap Isnin hingga Rabu, lepas tu Khamis sampai Ahad, mrs pip main cikgu sikgu dengan budak berdua ni ... tiada spesifik subjek nak ajar pun, just penuhkan waktu terluang dengan pembelajaran, so that dorang berdua tak rasa bosan menanti waktu berlalu, PLUS dapatlah tambah ilmu semasa cuti sekolah ... takkan asyik nak layan TV saja kan ...


      hari tu Iman asyik minta mrs pip belikan dia pensel warna ... well, bukan tiada pensel warna di rumah, tapi mrs pip cuma keluarkan bila perlu untuk mereka guna .. kalau hari hari guna, memang habis dorang kerjakan pensel warna tu ...

      kalau setakat mewarna ok lagi, ni tak, kreatif sungguh dorang ni, habis pensel warna tu jadi segala macam pistol senapang dorang buat .. eeeiiii ... 

      tapi pasal hari hari dah request nak sangat pensel warna, so belilah sorang satu pensel warna , biarlah dorang guna time cuti ni, tak perlu rebut rebut nak share, masing masing ada ... lepas ni puas hati dorang nak mewarna ... 

      dan nak lagi buat dorang teruja, saja ja bungkus cantik cantik dalam wrapping paper ... mrs pip bgtau kat Iman n Amin, ni reward mommy bagi pasal rajin pergi kelas tuisyen ... happy dorang dapat hadiah cenggini ... budak-budak kan, asal dapat hadiah, mesti suka ...


      selain aktiviti mewarna dan ajar Iman n Amin agar bila mewarna tu, biar namak kemas, mrs pip juga teruskan usaha mendidik Iman n Amin agar pandai solat ... eh, umur dah nak masuk 7 tahun kan, kejap lagi pejam celik insya allah masuklah umur 7 tahun tu, so kena lah gigih ajar dorang ni solat ..

      tiap kali belajar solat, dorang ni happy pasal dapat guna sejadah dan kopiah tu ... haha, budak budak kan, kalau benda tu dorang jarang dapat guna, once dapat mesti dorang happy ... Amin lepas belajar solat, kopiah lekat terus di kepala sampai tidur :)) ngeh ngeh ngeh ...


      selain tu, aktiviti luar dorang ialah jalan jalan pergi zoo ... dah janji pun dengan budak budak ni mau tinguk elephant kan, jadi kenalah tunaikan janji ... kalau mungkir, nanti ada yang mulut muncung sedepa ...

      >>> http://www.mrspip.com/2018/12/jalan-jalan-zoo-lok-kawi.html <<<


      selain tu, mr.Husband bawa budak budak ni pergi kebun di atas bukit ... kena daki bukit tu , penat juga daki bukit, tapi once dah sampai atas bukit tu, happylah Iman n Amin bermain di sekitar kawasan kebun yang tak seberapa luas ... 

      hari tu, mr.Husband just nak bersihkan rumput di kawasan kebun, katanya kalau lama tak dibersihkan, nanti rumput panjang, nak bersihkan sekali harung memang letih ... mrs pip sediakan bento box dorang, dari pagi sampai ke petang dorang stay di bukit tu ... langsung ndak ingat mau pulang rumah , suka dorang main di bukit ... 

      yalah, budak berdua ni kan memang jarangggg mrs pip bagi peluang main di luar rumah kecuali ada mr.Husband ... risau bah dorang main sampai sanaaa jalan raya ...

      so tu sajalah cerita cuti minggu ke-2 Iman dan Amin.

      cheers.

      6/17/17 Old Entry

      hi there,

      As usual, I have to submit lil' Iman's monthly documentation work. eh, ingatkan bab bab assignment ni dah boleh tolak tepi since no more study and retire jadi engineer kan, mak oiii budak playschool pun nowadays WAJIB hantar assignment T_T ... aiseh.

      this time, I'll go with the monthly theme. asyik selalu hantar assignment lari dari tema bulanan, theme for this month >>> plants <<< ... since the theme is not so specific, so whatever title about plants will do T_T ...

      lil' Iman still quite young, it's hard to explain to him how the tree has its fruit, very science la kan, maybe have to wait when lil' Iman is 6 years old kot baru boleh explain kat dia all these things.

      mr.Husband brought lil' Iman to our very small little garden the other day where mr.Husband planted some fruit tree and vegetables, doakan lah pokok buah-buahan kitorang menjadi buahnya yer ...

      let's check it out!


      watering the cucumber plants



      turmeric plant



      sweet lime tree (pokok limau manis)



      longan tree



      tarap tree



      dragon fruit tree



      guava tree



      coconut tree



      apple-mango tree



      loofah vegetable plants(petola)



      chili tree



      decorative tree
      some called this 'the feng shui tree'


      so, that's all for now ... and, since I need to comply with the monthly 4 credit hours, seems like I have one more hour to fulfill the requirement ;( ... I'm thinking spend the one hour in the playschool to teach the kids about making the taugeh ...anyone love taugeh here?  ...

      ada sesiapa tak yang tahu macam mana nak buat taugeh gemuk? aiyo, hari tu mrs pip buat eksperimen kan, taugeh tu tak seperti yang dibayangkan :( ... all my taugeh so kurus and panjang2 ... I nak yang gemuk gemuk mcm jual kat pasar tu!


      see my taugeh, panjang panjang kurus kan .... nampak tak menarik ;( ... so sesiapa yang ada link tentang pembuatan taugeh gemuk tu, kongsi dengan mrs pip ok. thanksss so much.

      p/s: mrs pip dah google, tapi still kalau ada yang dah bereksperimen sendiri berjaya dapatkan taugeh gemuk, share info tau.

      have a nice weekend.

      cheers.

      10/15/17 Old Entry

      hi there,

      hurm, maybe sekarang ni bila cuaca asyik hujan, kemudian panas, kemudian hujan lagi, dan panas lagi, mrs pip perasan mesti anak anak mrs pip ni demam. bila demam datang, terpaksalah mrs pip berjaga sepanjang malam, tidur memang takkan lena. mana nak risau suhu badan anak naik, mana lagi anak anak tu meragam tak kira waktu :(( bertabahlah sang ibu.

      mrs pip nak kongsi cerita , hari tu lil' Amin demam .... pulse rate tinggi then ada masalah kulit gatal dan kering pula .... beberapa minggu lepas, lil' Amin diserang demam panas. lil' Amin ni jarang sangat sakit, tapi kalau dah sakit tu, memang boleh tahan jugaklah kena berdepan dengan ragam dia ni. itu ini semua tak kena, asyik lil' Amin nak marah marah sepanjang hari, tak selesa la kot dengan demam panas tu kan.

      hari tu perasan suhu badan lil' Amin macam panas lah sangat. selalu tak macam ni. tapi lil' Amin ni walaupun demam, still sentiasa aktif and mood makan selalu tip top :)) muehehe ... dah rasa suhu badan panas sangat, pagi tu lepas hantar lil' Amin pi sekolah, mrs pip bawa lil' Amin ke klinik kesihatan awam.


      Demam & Pulse Rate - Berisiko Jangkitan Bakteria


      bila masuk bilik doktor, macam biasalah nak periksa doktor tanya bila demam, dia ok ke tak, aktif ke tak, then doktor periksa badan, lepas tu ambil pulse rate. doktor macam tak puas hati dgn pulse rate lil' Amin, so check beberapa kali. lepas tu doktor cakap pulse rate tinggi sedikit daripada bacaan normal.

      mrs pip relax jer lah, mana faham pulse rate normal and pulse rate tinggi ni apakah bendanya ... then doktor suruh masukkan lil' Amin ke bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. sampai kat kecemasan, nurse minta mrs pip baringkan lil' Amin, dan tak lama lepas tu nurse bagi lil' Amin makan ubat demam, dan ambil darah. 

      mrs pip pun tak tanya lanjut darah tu nak buat ujian apa. dalam fikiran time tu, cuma nak buat lil' Amin selesa so mrs pip trylah cerita2 layan soalan itu ini lil' Amin. rasanya dia pun hairan kenapa dia perlu baring kat katil then kena cucuk jarum, nasib baik anak mommy sorang ni bukan penakut, relax jer time kena ambil darah T_T


      mrs pip nampaklah borang makmal tu untuk acute pharyngitis. lepas ambil darah, nurse hantar pi makmal, then tak lama kemudian, keputusan makmal keluar, doktor check lagi pulse rate dan telinga lil' Amin, doktor cakap semua normal, kecuali pulse rate lil' Amin still tinggi ...

      apakah risiko kalau pulse rate tinggi? mrs pip tak risau mana pun coz tengok lil' Amin walaupun demam, tapi still aktif. dalam hati mrs pip menyoal diri sendiri "what's the consequences kalau pulse rate tinggi?" ... ish doktor tu macam ada telepati pula, mcm dia boleh nampak mrs pip sedang berteka teki di dalam hati, tetiba dia jawab "kita cuma risau kalau pulse rate tinggi ni dia boleh dapat jangkitan bakteria".

      p/s: time kat kecemasan tu, mrs pip ada snap photos lil' Amin baring kat katil, lepas tu nurse cakap penggunaan kamera dilarang di dalam wad hospital, so kiranya tak boleh lah nak kongsikan kat sini. dah jadi gambar larangan kan ....

      lepas doktor rasa puas hati dengan keadaan lil' Amin, doktor bagilah kitorang pulang, tengaharilah juga baru discharge dari kecemasan, kesian lil' Amin dah lapar. so ambil ubat lah dulu kat farmasi, then terus bawa lil' Amin pi makan kat kedai, walhal mrs pip tak gemar makan kat luar. ingat nak balik rumah, masak dan makan, tapi anak dah lapar kan .... tapi kena datang review esoknya, doktor nak pastikan pulse rate tu betul2 normal.

      esoknya pula, masuk kecemasan lagi, nurse nak check pulse rate, so pasang BP Monitor. tengok bacaan dah normal, doktor minta lil' Amin datang lagi untuk pemeriksaan lanjut 2 minggu akan datang ... risau sangat doktor ni kalau2 lil' Amin kena jangkitan bakteria ....

      2 minggu kemudian

      jadi, dua minggu dah berlalu, lil' Amin pun dah sihat, ubat dan antibiotik dah habis consumed ikut jadual ... bila jumpa doktor (kali ni doktor lain pula), dan tengok laporan kesihatan terdahulu, doktor tu check pulse rate, bacaan normal. tengok lil' Amin pun dah sihat.

      kemudian doktor tanya, ada apa apa yang merisaukan tak? mrs pip bagitau lah lil' Amin ada masalah kulit kering, dan gatal2 kat celah paha ... hari tu ada mentioned kat doktor sebelum ni, tapi pasal dia risau bacaan pulse rate tu sampai lupa doktor tu nak check kulit lil' Amin ...

      doktor periksa kulit lil' Amin, doktor unhappy pula dengan kulit lil' Amin ni. doktor syak kulit lil' Amin mendapat serangan bakteria, siap sebut 2 jenis bakteria yang common serang kulit bila ada tanda tanda mcm ni ... alamak! tak ingat lah nama bakteria tu.

      kemudian doktor tanya lagi, kat rumah sabun cuci kain, and sabun mandi anak apa jenis, anak ni selalu main lumpur ke tak ... bagitaulah jenis sabun yg kitorang pakai, dan eiiii I is jarang bagi anak turun rumah main lumpur ... doktor suggest mrs pip tukar sabun cuci kain dari serbuk ke liquid, dan tukar sabun mandi anak juga. doktor tu suggest guna SEBAMED.

      sebamed


      then doktor prescribed aqueous cream dan H-cort cream. Aqueous cream ni untuk lembutkan kulit, H-cort cream ni untuk hilangkan gatal/alergi kulit ... balik tu pi cari Sebamed, seketul bar kecil tu RM15.00. try beli satu dulu. lil' Amin dapat lagi temujanji, doktor minta datang 2 minggu kemudian ... hurm, berjanji sakan pula lil' Amin ni dengan para doktor.

      lagi 2 minggu kemudian

      datang lagi jumpa doktor selepas last appointment hari tu. kulit lil' Amin dah semakin elok, dah tak gatal2 kat celah paha, paha dan bontot. tona kulit pun dah semakin elok. kalau sebelum ni, memang kulit lil' Amin bertompok tompok semacam sangat, lepas tu gatal dan kering.

      tau tak, mrs pip tak tukar pun sabun cuci kain tu, tapi tukar sabun mandi lil' Amin ke SEBAMED. lepas seminggu gunakan SEBAMED + krim yang doktor bagi, kulit lil' Amin dah nampak banyak perubahan. lepas tu I is gatal hati nak guna sabun mandi lama tu, then mrs pip perasan kulit lil' Amin menunjukkan tanda tanda gatal dan kering ... hurm! baru tau selama ni sabun mandi tu lah yang tak sesuai utk lil' Amin, tapi kat lil' Iman, ok jer kulit lil' Iman, tiada sebarang kerengsaan ...

      bila jumpa doktor (doktor yang sama periksa kulit lil' Amin), so mrs pip bagitaulah doktor kulit lil' Amin dah nampak ok, dah tak menggaru budak kecil ni, dah tak gatal gatal n kering. lepas tu cakap kat doktor, mrs pip guna SEBAMED. tapi bila guna semula sabun mandi lama, kulit lil' Amin gatal semula ... doktor tu bagitau, pemyakit mcm ni dipanggil dermatitis, buat kulit kering dan gatal.  dan tak semua produk mandian bayi tu sesuai untuk semua bayi. ada yang ok, ada yang dapat alergi walaupun certified dermatologist tested ...

      jadi, mrs pip learned something kat sini ... lain kali, mrs pip kena lebih prihatin dengan apa yang anak anak guna ... teringat dulu lil' Amin ada masalah alahan dengan cerelac. asal makan cerelac jer, mesti kulit muka terus berbintik bintik merah dan panas ... tapi lil' Iman pun makan cerelac, ok jer  ... tu lah kan, anak anak ni, tak semua sama. tak semestinya kalau adik beradik dia yang lain ok guna jenama itu ini, dia pun ok sama ...

      sebulan lebih sudah berlalu 


      Aqueous cream & H-cort cream


      mrs pip teruskan guna SEBAMED, dan habiskan aqueous cream dan H-cort cream tu, dah hampir nak habis dah ... tapi time 2nd appointment tu, doktor ada bagi lagu cream ni untuk standby sahaja, kot2 bila2 lil' Amin diserang lagi masalah kulit gatal dan kering ... memang sekarang ni mrs pip sangat prihatin kat apa yang lil' Amin guna kat kulit ... cukup cukuplah tengok kulit lil' Amin gatal hari tu, memang kesian sangat.

      jadi mommies kat luar sana, kalau nampak anak anak korang asyik menggaru ke apa, kulit merah merah dan kering, cepat2 bawa pi klinik ... maybe bagi korang tu biasa jer tau, tapi kesian kat anak anak yang asyik menggaru saja ... dapatkan rawatan yang sewajarnya, bukan nak tunggu sampai alergi kulit tu makin teruk kan, dan prihatin dengan apa yang anak anak korang guna pakai dan makan ...

      tu jer lah nak sharing motherhood experienced mrs pip ni ... hope perkongsian ni membantu mommies supaya lebih prihatin kat anak anak, dan happy parenting.

      cheers.

      8/1/17 Old Entry


      hi there,


      Hello August! cepatnya masa berlalu .... dah masuk bulan 8 dah tahun 2017 T_T cerita pembukaan bulan ni, jom lihat hasil tani dari kebun kecil mrs pip :) .... hari tu pokok timun dah berbuah, dah boleh petik. gembira hati mrs pip, nanti boleh buat acar jeruk timun ... lepas hantar lil' Iman pergi sekolah pagi tu, balik rumah terus masuk kebun sekejap nak petik timun tu sebelum menjadi mangsa monyet2 liar ... bawa lil' Amin masuk kebun sekali, nasib baik tak banyak sangat nyamuk pagi tu ... muka budak Amin yang sedikit cuak takut nak pegang timun T_T

      Kutip hasil tani dari kebun sendiri

      timun yang berjaya dipetik, ada dua biji ... sebiji pass bagi kat mak mertua T_T ... tak larat nak habiskan sorang sorang .... dan lepas tu nampak pula dua biji petola kampung .... dah cukup besar untuk dipetik ... jadi, haruslah kita petik juga, nnt jadi mangsa monyet liar ... mrs pip tak kisah kalau monyet2 tu nak makan, tapi monyet2 ni bukan nak makan mana pun, just nak main rosakkan tanaman :( ...

      ada sayur kampung, orang kampung panggil kendula ... hari tu singgah Giant, ada juga jual sayur ni, nama tertera kat plastik sayur tu Gandula ... mrs pip tak sure panggilan sebenar sayur ni ...  sayur ni korang panggil apa? ... biasanya mrs pip masak tumis dengan bawang putih dan telur campur kicap dan sedikit sos tiram ...

      Kutip hasil tani dari kebun sendiri

      selain petik timun dan petola, kebetulan bendi menjadi ... dapatlah 6 batang bendi, tak banyak mana pun, tapi bolehlah buat simpanan untuk makan keesokan hari ... buah naga pun ada hasil juga, dapat sebiji ... yang ni buah naga putih ....

      walaupun hasil kebun tak banyak mana, tapi bolehlah untuk bekalan sayur beberapa hari ... kekadang, sampai seminggu bekalan sayur tak putus-putus, semuanya hasil tani dari kebun yang mr.Husband tanam, jimat juga duit dapur nak beli sayur kat pasar, moreover tanam sendiri ni memang bebas racun ... organik gitew :)

      cheers.


       5/2/17 Old Entry


      hi there,

      since nowadays lil' Amin tinggal sorang2 di rumah once mrs pip hantar lil' Iman to his playschool .... kadang2 bosan lil' Amin main sendiri, kesian Amin .... sekarang ni, aktiviti harian lil' Amin di sebelah pagi ialah JOM MEWARNA ...

      suka lah lil' Amin dapat bermain dengan warna, sambil mewarna, sambil mrs pip kenalkan lil' Amin dengan abjad ABC....

      tapi kalau hari2 mewarna, pasti bosan, so sesekali mrs pip bawa lil' Amin 'knowing the nature'....

       Mengenali Alam Persekitaran : Jom kenal bunga / tumbuhan

      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'

      pegang ja tau, jangan tarik sudah ...

      mula-mula tu, kita lawat kebun sayur ala kadar dulu

      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'


      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'


      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'


      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'

      kebun sayur ni bukannya besar mana,
      tapi cukup untuk bekalan sayur keluarga kecil mrs pip ni :)

      dah puas pusing pusing kebun sayur tu, bawa lil' Amin pusing2 tingu bunga pula
      ehem ehem ... ni bukan milik mrs pip ok ....

      mrs pip kalau bab2 bunga, memang gagal nak memberi nama ...
      nak menanam bunga lagi lah langsung tak tahu. ZERO.

      ni hak milik mak mentua :))



      #1


      kaktus

      #2


      orkid ungu

      #3


      orkid ungu

      #4


      Didik Anak Kenali Alam

      #5

      eh, korang jgn la tanya bunga2 ni nama apa ,
      cuma bunga orkid tu mrs pip tau la ...

      puas pusing2 satu taman bunga mak mentua ...
      bawa lil' Amin pula layan anak2 ayam telur
      ada 30 ekor semuanya ...

      insyaallah kalau semua menjadi, lepas ni tak perlu lagi beli telur ayam ...
      :)))

      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'

      suka lil' Amin layan ayam ayam ni ...


      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'

      alahai ayam, kesian korang duduk berhimpit himpit ;(


      Didik anak kenali alam 'knowing the nature'

      reban sedang disiapkan ... T_T

      lepas puas keliling rumah, dan layan pertanyaan pertanyaan lil' Amin, mrs pip pun bawalah lil' Amin masuk rumah ... dah hampir jam 11 pagi, kain nak sidai, kejap lagi nak masak utk makan tengahari ....

      cengginilah antara aktiviti mrs pip bersama anak .... since rumah mrs pip ni NO ASTRO kan, so untuk menonton TV tu memang tak la ...  sesekali layan movie, tu pun CD saja ... 

      utk our lil' armies ni, mrs pip download full version ROBOCAR POLI season 1, so tu saja lah yg dorang layan, walaupun ada beberapa CD for kids yang best spt minion, upin ipin, pada zaman dahulu, dory, etc ... tapi ROBOCAR POLI tu jugaklah yang dorang suka ;)

      bersambung di lain cerita, 

      cheers.
      Perkara Yang Isteri Perlu Buat Kalau Suami Merajuk

      Perkara Yang Isteri Perlu Buat Kalau Suami Merajuk


      🍀 Perlu Cari Sebabnya.

      Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui mengapa punca lelaki itu merajuk. 

      Jangan hanya biarkan sahaja. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan anda. 

      Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.

      🍀 Masak Makanan Kegemarannya

      Sebagai tanda meminta maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari diselitkan bersama nota ‘minta maaf’. 

      Kemungkinan selepas membaca nota itu, dia akan menghubungi anda dan keadaan kembali menjadi normal seperti sedia kala. Tak cuba mesti tak tahu kan?

      🍀 Buat Kejutan Untuk Dia.

      Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata kali ini, anda pula yang mengajaknya? 

      Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali seperti biasa selepas melakukan perkara ini. Cubalah dahulukan?

      🍀 Berikan Dia Ruang.

      Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. 

      Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

      🍀Gunakan Kreativiti Anda. 

      Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. 

      Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.

      🍀Kelemahan Diri.

      Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? 

      Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.


      Sumber : Perkongsian dari Telegram

       6/4/17 Old Entry

      hi there,

      so last week tu mrs pip hadir ke playschool lil' Iman utk bincang perkembangan lil' Iman. so jumpalah dgn cikgu Edayu, cikgu yang bertugas untuk menjaga dan mendidik lil' Iman ....


      ni buku rekod pentaksiran perkembangan kanak kanak permata
      yang ni lil' Iman punya 


      banyak juga cikgu Edayu terangkan mengenai perkembangan lil' Iman ... so buku pentaksiran tu, mana - mana item yang sesuai diisi oleh cikgu, so cikgu akan isi dan buat catatan, manakala mana - mana yang parents sesuai isikan, maka tanggungjawab parents utk isi ....

      yang kat atas tu, diisi oleh cikgu Edayu ....

      antara catatan yang dibuat oleh cikgu Edayu

      1/ Iman tidak sabar dan suka ambil mainan yang dia suka
      2/ Iman kalau tidak mahu buat dia akan berkeras

      mak oiiii, oh my anak! eh, tapi item pertama tu memang mrs pip setuju. bab mainan ni, kalau lil' Iman dah suka, walhal bukan mainan dia pun, lil' Iman perasan lah tu mainan tu milik dia sorang, langsung tak nak share .. kat rumah mmg selalu lah mcm ni, hurm.

      yang item ke-2 tu, betullah juga ... our lil' Iman ni kalau mrs pip suruh baca doa makan, kalau mood lil' Iman tak elok, dia berkeras tak nak baca, siap cakap bagitau kat kitorang "Iman tak nak bercakap" ... amboi! lil' Iman ....


      yang ni pula, catatan cikgu Edayu "boleh jawab pelbagai soalan" ....

      sampai cikgu Edayu cakap, bukan setakat bileh jawab soalan, malah paling terrer bercakap dalam kelas, pantang ada peluang bercakap, laju lil' Iman pot pet pot pet, sampai pening cikgu Edayu dibuatnya ....

      maaflah ya cikgu, anak siapa lah agaknya ni yer? hehe ... lil' Iman kalau kat rumah, selalu suka sangat bertanya ... eloklah banyak bertanya, banyak pengetahuan kan ...

      tapi lil' Iman ni suka tanya soalan yang sama berulang kali ... adoi. kat sekolah pun sama, cikgu Edayu bgtau, lil' Iman selain boleh jawab soalan (tolak tepi jawapan betul atau salah yer), memang suka bertanya berulang kali benda yang sama ...

      so, mrs pip bgtau cikgu Edayu, kalau lil' Iman byk bertanya, cikgu Edayu jgn jawab tau, tapi kena soal balik lil' Iman soalan yang sama, so biar lil' Iman jawab sendiri soalan dia tu ... and in fact, lil' Iman ni bila dia bertanya, maka dia mmg dah tahu jawapannya ...huh!


      bab mengira, kenal warna dan bentuk asas ni, alhamdulillah lil' Iman memang tahu, dah hari hari kat rumah kena belajar benda ni kan ...



      so ringkasan penggal pertama cikgu Edayu dah buat ... dan semua memuaskan cuma lil' Iman still perlu improve aktiviti motor halus, seperti menulis dan mewarna ... 

      tu je lah antara perkembangan lil' Iman buat masa ni selama 3 bulan lil' Iman berada di playschool ... just hope to see more improvement in the coming months, insyaallah .... and hope lil' Iman kurang sedikit talkative nya tu ...dui na si Iman :( grrrrr ..........


      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Newer Posts Older Posts Home

      ABOUT ME

      Diary of Pip - It is a never ending journey of me being a mommy. I am so grateful having my precious gems (my kids) and I feel blessed to have them. And here is where I pen down the stories of my life as a mother.

      SUBSCRIBE & FOLLOW

      Follow Pip

      Pip Stories

      • ▼  2021 (148)
        • ▼  October (1)
          • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
        • ►  August (6)
        • ►  June (5)
        • ►  May (10)
        • ►  April (30)
        • ►  March (96)
      • ►  2020 (4)
        • ►  December (2)
        • ►  November (2)

      POPULAR POSTS

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula Buat
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9

      Tiara Empires

      • Pip Notes
        How to Encourage Siblings to Play Together Nicely
      • Bawan Lady
        Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Pip MommyKiddie
        Susu Nouqman Hilangkan Sembelit Dan Masalah Usus Penghadaman Anak
      • The Notes
        Elak Tidur Guna Kanta Sentuh
      • Today Love Letter
        Life Quotes #6

      Categories

      Amin BFF Christmas Family Farms Happy Birthday Iman Jalan-Jalan Kiddie Masakan Parenting Personal Pre-School RumahTangga Tips Wordless

      Advertisement

      Blog Stats

      Contact Admin

      Name

      Email *

      Message *

      Popular Posts

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
      • Iman || Beaufort Fire Station #1

      Labels

      Amin 77 BFF 3 Christmas 1 Family 13 Farms 1 Happy Birthday 9 Iman 84 Jalan-Jalan 1 Kiddie 4 Masakan 3 Parenting 2 Personal 1 Pre-School 13 RumahTangga 1 Tips 3 Wordless 1

      Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes