Bawan Lady

Diary of Pip

  • Home
    • Promosi Di Shopee

       6/4/17 Old Entry

      hi there,

      so last week tu mrs pip hadir ke playschool lil' Iman utk bincang perkembangan lil' Iman. so jumpalah dgn cikgu Edayu, cikgu yang bertugas untuk menjaga dan mendidik lil' Iman ....


      ni buku rekod pentaksiran perkembangan kanak kanak permata
      yang ni lil' Iman punya 


      banyak juga cikgu Edayu terangkan mengenai perkembangan lil' Iman ... so buku pentaksiran tu, mana - mana item yang sesuai diisi oleh cikgu, so cikgu akan isi dan buat catatan, manakala mana - mana yang parents sesuai isikan, maka tanggungjawab parents utk isi ....

      yang kat atas tu, diisi oleh cikgu Edayu ....

      antara catatan yang dibuat oleh cikgu Edayu

      1/ Iman tidak sabar dan suka ambil mainan yang dia suka
      2/ Iman kalau tidak mahu buat dia akan berkeras

      mak oiiii, oh my anak! eh, tapi item pertama tu memang mrs pip setuju. bab mainan ni, kalau lil' Iman dah suka, walhal bukan mainan dia pun, lil' Iman perasan lah tu mainan tu milik dia sorang, langsung tak nak share .. kat rumah mmg selalu lah mcm ni, hurm.

      yang item ke-2 tu, betullah juga ... our lil' Iman ni kalau mrs pip suruh baca doa makan, kalau mood lil' Iman tak elok, dia berkeras tak nak baca, siap cakap bagitau kat kitorang "Iman tak nak bercakap" ... amboi! lil' Iman ....


      yang ni pula, catatan cikgu Edayu "boleh jawab pelbagai soalan" ....

      sampai cikgu Edayu cakap, bukan setakat bileh jawab soalan, malah paling terrer bercakap dalam kelas, pantang ada peluang bercakap, laju lil' Iman pot pet pot pet, sampai pening cikgu Edayu dibuatnya ....

      maaflah ya cikgu, anak siapa lah agaknya ni yer? hehe ... lil' Iman kalau kat rumah, selalu suka sangat bertanya ... eloklah banyak bertanya, banyak pengetahuan kan ...

      tapi lil' Iman ni suka tanya soalan yang sama berulang kali ... adoi. kat sekolah pun sama, cikgu Edayu bgtau, lil' Iman selain boleh jawab soalan (tolak tepi jawapan betul atau salah yer), memang suka bertanya berulang kali benda yang sama ...

      so, mrs pip bgtau cikgu Edayu, kalau lil' Iman byk bertanya, cikgu Edayu jgn jawab tau, tapi kena soal balik lil' Iman soalan yang sama, so biar lil' Iman jawab sendiri soalan dia tu ... and in fact, lil' Iman ni bila dia bertanya, maka dia mmg dah tahu jawapannya ...huh!


      bab mengira, kenal warna dan bentuk asas ni, alhamdulillah lil' Iman memang tahu, dah hari hari kat rumah kena belajar benda ni kan ...



      so ringkasan penggal pertama cikgu Edayu dah buat ... dan semua memuaskan cuma lil' Iman still perlu improve aktiviti motor halus, seperti menulis dan mewarna ... 

      tu je lah antara perkembangan lil' Iman buat masa ni selama 3 bulan lil' Iman berada di playschool ... just hope to see more improvement in the coming months, insyaallah .... and hope lil' Iman kurang sedikit talkative nya tu ...dui na si Iman :( grrrrr ..........


      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       5/23/17 Old Entry

      hi there,

      majlis sambutan hari guru + hari ibu diadakan di playschool lil' Iman hari Rabu tu ... serius meriah T_T ... acara dimulakan dengan ucapan pembukaan ketua pendidik, diikuti ucapan dari pengerusi (wakil ibubapa) dan bacaan doa.

      selesai baca doa, terus ke acara program, dimulakan dengan slot pemberian 'hadiah misteri' dari suami kepada isteri, tanpa pengetahuan isteri ... wah, ada komplot rupanya ... komplot si ketua pendidik, dengan sang suami suami mak mak semua ... aiseh cikgu.

      terkejut mak mak semua tiba tiba dapat hadiah dari suami ... ada yang sampai menitiskan airmata, rasa terharu ... ada pula yang memang tak pernah dapat hadiah dari suami sempena hari ibu ...so once dapat hadiah tu, memang tidak terkata-kata ...


      see, anak siapalah ni?

      acara dijadualkan jam 2pm, tapi kerana hal2 yang tidak dapat dielak, acara lewat 30 minit. parents ramai yang datang awal, coz ada yang praktis untuk persembahan, ada yang bertugas bahagian jamuan, bahagian teknikal dan sebagainya. mrs pip pun datang awal juga, selain untuk mandikan lil' Iman sebelum acara bermula juga ditugaskan untuk sediakan minuman bancuh T_T , hope sedap lah yer minuman yang kitorang bancuh tu ...


      sambil menunggu acara berlangsung, layan dulu gelagat lil' Iman. oh anakku, lil' Iman ni memang sangat obses dengan 1/bomba 2/segala construction vehicles .... dan kebetulan lah pula carpet playschool lil' Iman ni ada gambar2 bomba dan segala vehicles, budak lain busy main dgn kawan2, lil' Iman busy bercerita ttg bomba dan construction things ... 


      lil' Amin dan mr.Husband datang hantar mrs pip, tak lama lepas tu, anak beranak ni balik rumah coz mr.Husband kena siapkan pula masakan untuk majlis di malam hari kat rumah MIL. mmg rushing juga mr.Husband ... cenggini la life as a caterer T_T ... ada sesiapa nak tempah katering untuk majlis kawin? info info ok.




      ramai suami yang berikan kejutan hadiah untuk isteri masing masing .... ceritanya cenggini. sebelum majlis ni berlangsungkan, gigih ketua pendidik call semua husband tanpa pengetahuan si siteri, dan bagitau misi untuk berikan kejutan untuk si isteri ....


      tada! ni lah dalang utama di sebalik kejutan misteri tu ... dan yang bestnya, habis semua surat / kad cinta dibaca secara terbuka oleh ketua pendidik kita ni ... haha, mak mak apalagi, gelak gelak lah ... then bila nama dipanggil , wahhhhh malu malu gitu. cewah! caya lah cikgu Rozie.


      kumpulan mak mak ... time ni ada persembahan daripada kids 3 years old .... alaaaa yang 2 years old tu cute , cuma 2 gegirl ja, Adira dan Najihah ... siap pakai butterfly2 lagi .... tak snap la pula gambar budak cute berdua tu ...


      see, nampak tak girl comel yang pakai butterfly kaler pink tu?
      terlepas snap pic dorang ...


      so lepas kids 2 years old tu buat persembahan, diselangseli dengan persembahan dari mak mak la juga ... yang ni group #1 yang buat persembahan, so ada 2 pilihan either berlakon atau menari ... group ni pilih utk berlakon ...  seronok la tengok mak mak ni berlakon semua,, mmg ada bakat terpendam gitu T_T


      lepas dah mak mak habis berlakon, selang seli dengan pemberian hadiah misteri lagi, lepas tu kids yang 3 years old pula ready buat persembahana ... budak budak ni menyanyi incy wincy spider, head toe and shoulder, dan juga quack quack quack kalau tak silap ....

      ada yang sporting ikut ja apa yang cikgu dorang buat, tapi ada juga yang nangis coz taknak berpisah dgn mommy ... alahai, comel semua ...



      ni one of the mak, yang husband dia dengar2 kerja nun jauh di sanaaaa semenanjung
      jgnlah sedih .... cute tau anak dia, si safreena
      *terus berangan la I, bila la mrs pip ada duaghter juga, adalah geng nnt*


      hah! terkejut kan ...
      husband jauh, tapi dapat kiriman teddy bear besar gedabak ...
      bah, malam nnt memeluk teddy bear la si Purah ni, hihi.

      cak! ...
      yeah, saf dapat teddy bear dari daddy ...

      gara2 mencari teddy bear atas permintaan suami puan saffurah, tu yang ketua pendidik terlewat datang sekolah, tu sebab ler majlis lambat mula 30 minit ... huh! puas meround keliling pekan si ketua pendidik untuk penuhi permintaan suami puan saffurah ...



      lepas kids 3 years old habis persembahan, so kumpulan ke #2 pula buat persembahan ... yang terima teddy bear tu after this part ...nampak tak mak yang dukung anak tu, hah! tu la mak yang dpt teddy bear besar tu ... dan ekceli, ni group mrs pip ... tapi mrs pip tak join menari ya ... time dorang praktis hari tu, mmg mrs pip tak sihat, dan I is cannot bila bab menari2 lagi2 dpn public cenggini ...adoi.



      ni pula persembahan dari kids 4 years old? nampak tak mana our lil' Iman? ... mrs pip ada rakam video yang part ni, hehe. teruja pula tengok lil' Iman punya persembahan ... dah lah lil' Iman 2 minggu tak dtg kelas coz selsema memanjang ... then Monday tu dia praktis la nyanyi2 ni, then yang Tuesday 16/5 tu buat persembahan ...



      ni group mak mak yang ke-3 buat persembahan ... ni siap ada kipas lagi ... ingatkan nak dancing tarian amoi cina yang pakai kipas2 tu kan, tapi sangkaan mrs pip meleset ... tak silap lagu manuk manuk ...


      tengoklah lil' Iman, tak habis2 dengan obsesinya ... biarlah anak, yang penting jangan nak meragam, so mommy boleh enjoy watching the performance ...



      kalau ibu ibu lain dapat surprise gift dari suami masing masing kan ... hah! yang ni pun surprise juga ... ni keluarga Ilham ... mama ilham birthday sehari sebelum hari guru, so bapa ilham pura pura lah lupa birthday wife dia kan .. then wife dia cakap "anak-anak boleh ja ingat birthday kita, ni husband sendiri lupa birthday kita" .... uauaua, merajuk pula bunyinya ....

      then time sambutan hari guru & ibu berlangsung, terkezut mama ilham bila dapat hadiah kek dari si suami ... siap bapa ilham menyanyi penuh perasaan T_T ...


      yang ni pula group ke-4 mak mak buat persembahan ... siap pakai mask lagi ... tarian dorang pun boleh tahan .... ramai ni mak mak ada bakat terpendam .... T_T


      ni lah barisan pendidik di Permata ... lima orang semuanya ... cun cun pula tu T_T , muehehe .... ingat mak mak ja buat persembahan ... cikgu2 ni pun kena buat juga ....

      kiri ke kanan:
      cikgu rozie (ketua pendidik), cikgu amira, cikgi ain, cikgu zalikha, cikgu edayu


      and I tell you ols, cikgu cikgu ni menari memang paling gempak ... mula mula mendayu2 menari arirang kan, lepas tu tetiba lagu rock pula ... wah! caya lah cikgu ... then lagu bollywood pula ... banyak tarian cikgu cikgu ni persembahkan ... memang kaut keluar semua bakat terpendam tu :)

      jom layan gambar gambar lain pula :)  .....


      mak mak duduk berjemaah



      dan antara acara yang ada selain persembahan anak anak,
      mak mak, cikgu cikgu, surprise gift suami utk isteri,
      ada juga acara mak mak dapat gift dari hasil kraf anak anak .... 



      layan hasil kerja tangan lil' Iman
      dalam kad tu banyak tampalan 'love'
      lepas tu ada kerja mewarna ...
      guess what, si Iman ni, dia conteng kad dia dgn warna kuning,
      dia siap bagitau cikgu "ni semua yellow yellow ni, mommy la ni" ....



      yang ni pula mak mak beratur bagi hadiah utk cikgu cikgu ...
      mrs pip cuma bagi DIY kad hari guru saja ...
      hope cikgu cikgu suka hasil tgn mrs pip yer :)

      nak tengok DIY kad hari guru,boleh klik di sini

      v
      v
      v
      v
      v

      gambar gambar lain yang dikongsi oleh mak mak sekalian
      .... thanks share2 kan gambar di group whatsapp ....
      mrs pip suka jer .... boleh buat koleksi gambar dalam blog :)






      yang ni persembahan kids 2 tahun ...
      ada dua kids saja yang berusia 2 tahun, Adira dan Najihah



      seronok cikgu cikgu potong kek bersama sponsor



      group ke3 buat persemabahan terima hadiah kemenangan ...
      mak mak ni dapat no#2 ke no#1 eh?
      time ni mrs pip kluar layan lil' Iman nak minum.



      after party
      kek diagih-agihkan



      tu dia mrs pip terima surprise gift dari mr. Husband ....
      ada hensem boy enter frama T_T



      yang ni pula terima kad hari ibu hasil kerja tgn lil' Iman
      tu cikgu Edayu, cikgu lil' Iman ....



      mak mak lain yg turut terima kad hari ibu
      ni mama anem



      yang ni mama dira



      yang ni wakil wife pula,
      husband la yang received kad hari ibu tu
      tak silap, wife transfer mengajar di ranau eh?



      bersama mak boyot T_T



      mak mak khusyuk tengok persembahan



      inside the classroom



      seperti biasa, kita potluck!

      tapi mrs pip tak tunggu sehingga majlis selesai ... habis semua buat persembahan, dan cikgu2 terima hadiah daripada parents ... mrs pip terus balik ... mmg tak sempat nak menjamu selera ... mr.Husband rushing kena masak untuk majlis di rumah mak mentua ...

      sambutan hari guru dan ibu di playschool lil' Iman disambut sederhana, tapi meriah ... hope everyine have a pleasant evening on that day T_T

      cheers.

      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Newer Posts Older Posts Home

      ABOUT ME

      Diary of Pip - It is a never ending journey of me being a mommy. I am so grateful having my precious gems (my kids) and I feel blessed to have them. And here is where I pen down the stories of my life as a mother.

      SUBSCRIBE & FOLLOW

      Follow Pip

      Pip Stories

      • ▼  2021 (148)
        • ▼  October (1)
          • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
        • ►  August (6)
        • ►  June (5)
        • ►  May (10)
        • ►  April (30)
        • ►  March (96)
      • ►  2020 (4)
        • ►  December (2)
        • ►  November (2)

      POPULAR POSTS

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula Buat
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9

      Tiara Empires

      • Pip Notes
        How to Encourage Siblings to Play Together Nicely
      • Bawan Lady
        Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Pip MommyKiddie
        Susu Nouqman Hilangkan Sembelit Dan Masalah Usus Penghadaman Anak
      • The Notes
        Elak Tidur Guna Kanta Sentuh
      • Today Love Letter
        Life Quotes #6

      Categories

      Amin BFF Christmas Family Farms Happy Birthday Iman Jalan-Jalan Kiddie Masakan Parenting Personal Pre-School RumahTangga Tips Wordless

      Advertisement

      Blog Stats

      Contact Admin

      Name

      Email *

      Message *

      Popular Posts

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
      • Iman || Beaufort Fire Station #1

      Labels

      Amin 77 BFF 3 Christmas 1 Family 13 Farms 1 Happy Birthday 9 Iman 84 Jalan-Jalan 1 Kiddie 4 Masakan 3 Parenting 2 Personal 1 Pre-School 13 RumahTangga 1 Tips 3 Wordless 1

      Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes