Bawan Lady

Diary of Pip

  • Home
    • Promosi Di Shopee

       10/9/16 Old Entry

      hi there,

      it's quite sometimes tak bawa lil' armies masuk kebun, moreover our little humble kebun aka garden tu penuh semak, so terpaksalah mr.Husband bersihkan dulu before boleh bawa lil' armies jenjalan pusing kebun yang kecil cinonet tu ....


      kalau dulu, we all boleh lah berdayung dengan our inflatable boat di tasik ni, tapi no more dayung dayung coz mr.Husband dah penuhkan tasik ni dengan ikan peliharaan ... and these two adorable kids pretend doing some fishing, hehe ....


      so, we have kunyit in the garden ... tiap kali kalau mau buat ikan kuah masak kunyit, mrs pip no longer guna kunyit, just guna daun kunyit sehelai dua, serius sedap!


      lil' Amin tunjuk kolam "mommy, kolam ada fish swim swim" ....


      yang ni petola, but belum bersayur ....


      and banana too ... kalau bukan rezeki monyet rezeki, merasa lah makan pisang ni ... serius banyak monyet kat belakang kebun ni selalu ambil buah betik or rosakkan tanaman lain!


      my phua chu kang kebun shoes ... the black one  ... that yellow one belong to lil' Amin


      belong to mom-in-law ... the guardian dog ....


      is this halia cina? can't remember already ... tapi mr.Husband ada cakap about this one ....


      our merphin house ....


      lil' Amin taking a rest .... best ja dia duduk atas rumput without worrying his pants kotor T_T ...


      "mommy, hold hand Amin" ..... so cute asking mrs pip hold his hand , takut jatuh la tu ....


      tanam pokok naga a year before, tapi still belum ada hasil ....


      planted by mr.Husband ....


      once again , lil' Amin take a break T_T .... mana lil' Iman?


      our chicken to supply telur ayam kampung T_T


      see, lil' Iman is very busy doing his 'business' .... and lil' Amin terasa macam mau join sekaki!


      lil' Iman has a good spot catching fish ... bukan main happy lagi lil' Iman main tangkap tangkap ikan ... ececeh, as if it is real he is catching a fish ....


      muka lil' Amin yang mau sangattttttttttttt join lil' Iman .... but mommy said "peace" dulu baru boleh join abang .... muehehe ....


      lil' Amin duduk a bit jauh dari kolam sambil pegang ranting pokok joining lil' Iman mau tangkap ikan ...


      mr.Husband busy with his cleaning works , while these two boys busy catching fish .....


      serius dalam kebun ada banyak nyamuk, so before bawa lil' armies masuk kebun, mrs pip sapu this mosy-guard natural kat kulit lil' armies so that no mosy bites! eh, serius berkesan tau .... 

      tapi still, mrs pip bring along in case ada nyamuk degil yang tahan lasak still nak bite bite our lil' armies, but serious none yang datang bite! muehehehe.....


      yang ni di kebun sebelah ... mr.Husband tanam pokok buah naga, but still belum ad ahasilnya ... see, kebun semak sungguh kan, ni pun mr.,Husband baru sembur racun rumpun few days ago ...


      tenangnya air di tasik ...


      nothing much, just random shoot ....


      another random shoot ....


      and yes this too ....


      our little armies in their phua chu kang shoes ....

      best best memancing budak berdua ni, then lil' Iman goes into the lake! dengan sengaja .... trip trip mau mandi kolam la tu ,...


      end up daddy said "ok, end of tour" ..... tengok lil' Iman dah basah .... moreover, memang patut pun end of tour, dah sejam melepak di kebun, time untuk mandi pagi dan sarapan!

      tu je lah lawatan ke kebun pada hari tu .... apapaun, lil' armies memang enjoy la their time di kebun .... next time kita pigi kebun lagi ok ....

      cheers!


      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       10/5/16 Old Entry

      hi there, ini cerita mrs pip berjaya potty training anak dalam 7 hari. Namun, ini hanyalah Fasa yang pertama, dan selepas fasa ini berjaya, anak-anak akan masuk ke Fasa yang ke-dua pula untuk potty training.

      Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

      mrs pip beli potty jenama sweet heart di Lazada, harganya termasuk postage lebih murah dari supermarket yang jual potty bentuk sama di tempat mrs pip tinggal. Kadang-kadang mrs pip tidak faham kenapa harga diletak mahal sangat pada barangan yang sepatutnya dijual mengikut harga pasaran. Agak-agaklah ya apabila menjual, janganlah letak harga tinggi, nanti semua pembeli memilih online shopping pula.

      potty jenama sweet heart di Lazada


      Sebenarnya, ini bukan yang pertama kali untuk mrs pip membuat latihan potty training for our boys. Sudah banyak kali tapi malangnya semua tidak berjaya. Dan pada usia Iman sudah melebihi 3 tahun, sepatutnya dia sudah bebas diapers sepenuhnya, tapi mrs pip masih berusaha ke arah itu.

      Ini adalah percubaan kali ke-3 dan kali ini mrs pip sangat bersemangat dan positif untuk melatih lil' Iman agar cubaan kali ini berjaya.

      Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

      Ini adalah rekod gambar percubaan ke-dua (April 2016) untuk Iman potty training, namun cubaan ini gagal. Dia hanya duduk lama di potty tetapi segan untuk pooh-pooh atau pee-pee. Iman agak segan untuk melakukan sebarang urusniaga menggunakan potty.

      Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

      Walaupun percubaan ini gagal, namun mrs pip tidak putus asa untuk melatih Iman. mrs pip hentikan seketika potty training cubaan ke-dua ini kerana untuk mengelak stress dengan melatakkan harapan yang tinggi bahawa Iman boleh berjaya.

      Let's take a break!

      Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari

      Bagaimana mak mak sekalian melatih anak anak menggunakan potty dengan selesa dan berjaya? mrs pip fikir, apapun cara yang kita gunakan agar latihan potty ini berjaya, kita tetap dengan satu matlamat iaitu mahu anak-anak bebas dari sebarang lampin pakai buang dan boleh menggunakan tandas dengan betul dan selamat.

      Dulu, mrs pip ingat potty training ini senang, tetapi sebenarnya agak sukar untuk mrs pip lakukan bersama anak-anak dan sangatlah perlukan banyak kesabaran.

      Iman berjaya potty training hanya pada usia 3 tahun 6 bulan, dan itupun adalah percubaan yang ke-tiga. Percubaan pertama dan kedua gagal sepenuhnya.

      Satu minggu sebelum potty training, mrs pip setiap hari bagitau Iman yang dia perlu menggunakan tandas setiap kali ingin membuang air kecil / besar ... mrs pip akan buat statement mcm ni

      "Iman, kalau kencing atau berak, mesti guna potty-potty (tandas duduk) macam mommy and daddy ok" 


      alkisahnya, sepanjang satu minggu sebelum potty training bermula, mrs pip ulang ayat yang sama berulang ulang kali dengan harapan Iman akan faham apa yang mrs pip cuba sampaikan.

      selepas 1 minggu berlalu, mrs pip MULA the serious POTTY TRAINING untuk Iman.


      Cerita hari pertama hingga hari ke-3:-

      Untuk 3 hari pertama, mrs pip tidak bagi Iman pakai diapers selepas waktu mandi pagi, dan untuk 3 hari pertama tu, memang serius Iman 'basah' coz belum faham tentang konsep kencing berak di potty potty, but it is ok ....

      untuk 3 hari pertama , Iman 'basah' 5 hingga 6 kali bermula dari jam 7am - 3pm, kalau nak potty training, pastikan sediakan seluar yang cukup untuk anak anak anda T_T

      selepas jam 3pm, masa untuk mandi petang, so after mandi petang, mrs pip akan pakaikan diapers.


      Cerita hari ke-4 hingga hari ke-6:-

      Iman menunjukkan kefahaman tentang potty training. setiap kali Iman mau buang air kecil/besar, Iman akan cakap "mommy, Iman want potty" .... tapi still sekali dua tu Iman 'basah' , but it's ok, at least Iman sudah pandai request untuk pergi tandas.

      sebelum ni mrs pip belikan Iman a nice potty tapi Iman tak berminat untuk guna, dan lagi suka guna the real mangkuk tandas duduk dalam toilet kitorang ....

      Berjaya Potty Training Anak Dalam 7 Hari


      Cerita hari hari ke-7:-

      Iman berjaya potty training FASA 1 ... dari mandi pagi hingga waktu mandi petang, Iman tidak lagi menggunaka diapers ...

      Sebenarnya apabila fikir balik, bukan susah pun untuk melakukan potty training cuma perlu banyak bersabar.

      Lain anak lain lah pendekatan yang digunakan, rasanya. Seperti kes Iman ni, 3 hari pertama memang habislah basah lantai, kejap kejap mrs pip kena mop lantai ...

      Sekarang ini, sebulan sudah berlalu, dan Iman sudah tidak perlu menggunakan diapers di siang hari, cuma mrs pip still pakaikan Iman diapers di waktu malam  sahaja. 

      Alhamdulillah! selesai satu urusan.

      Akan datang, potty training akan masuk FASA 2 - Anak-anak Bebas Diapers, Berjaya Potty Training Anak Sepenuhnya ! 

      Jadi, ini adalah cerita mrs pip, cara potty training anak dalam 7 hari. Walaupun gagal sebelum ini, namun itu bukan sebab untuk rasa tawar hati mencuba. Dan satu lagi tips ketika potty training anak, pastikan sedia kain lap untuk lap lantai basah sekiranya anak terkencing di lantai.

      Dan jangan marah anak kalau terkencing , mereka bukan sengaja. Lagipun mereka masih kecil dan dalam fasa belajar untuk menggunakan tandas dengan betul.

      Mungkin memberikan reward yang bersesuaian juga boleh digunakan sebagai tanda kita berterima kasih dengan anak anak kerana berjaya mengikut latihan yang disediakan atau sebagai tanda kita memberi sokongan kepada mereka dan menjaga emosi mereka agar sentiasa gembira.

      happy parenting everyone.

      cheers.
      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       9/22/16 Old Entry


      hi there, so recently lil' Iman berusia genap 3 tahun 6 bulan ... lagi 6 bulan untuk mencapai umur 4 tahun. pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. pada usia 3 tahun setengah, banyak perkara yang lil' Iman masih dalam proses pembelajaran walaupun ramai kanak kanak seusia lil' Iman sudah pandai melakukannya. 3 perkara yang lil' Iman still learning and improving ialah

      1/ makan sendiri - yes! lil' Iman still belum pandai makan sendiri sepenuhnya. ok fine, lil' Iman boleh pegang sudu dan makan dalam piring/mangkuk, tapi yakinlah habis makanan bersepah, maybe 20% sahaja yang berjaya masuk ke perut lil' Iman.

      bila tengok gelagat lil' Iman makan sendiri, mrs pip kena banyak2 bersabar dan berusaha untuk mendidik lil' Iman sebaiknya agar boleh berdikari makan sendiri.

      2/ buka pakaian / seluar sendiri - setiap kali waktu mandi, mrs pip akan minta lil' Iman buka seluar dan pakaian sendiri, it was like about 2 - 3 months ago mrs pip started the training, tapi still lil' Iman belum cekap sepenuhnya. kekadang buka seluar, mesti bila sampai buku lali, dia terkinja kinja untuk keluarkan seluar tu daripada kaki dia.

      kalau bab baju pula, memang lagi lah haru biru! dia try la juga buka baju, tapi end up mesti lil' Iman minta mrs pip tolong bukakan baju, but t is ok la, at least lil' Iman mahu mencuba.

      3/ potty training - potty training tak lah susah mana, tapi tak lah semudah yang kita sangkakan seperti yang kita baca di buku "7 days reaching success how to potty training your kids" ... hohoho, sungguh perlu ada kesabaran yang tinggi dan persiapan mental.

      bab potty training, lil' Iman still dalam proses latihan. lil' Iman masih ada halfway lagi sebelum berjaya sepenuhnya. bab potty training ni, mrs pip will make a special entry, muehehe .... just nak sharing la kan in case ada mak mak nak TIPS how to potty training their kids, so i'll give my experienced.

      lil' Iman semakin faham 'bahasa' yang mrs pip gunakan ketika berbual / bercakap . lil' Iman tahu mana satu nada biasa, ok, tak ok, marah, garang, serius, lawak, etc yang mrs pip gunakan ...


      habit lil' Iman setiap kali mrs pip marah, dia mesti akan tanya cenggini

      "mommy tak boleh marah Iman .... jangan mommy marah Iman"


      tak pun ,

      "mommy tak marah sudah? mommy ok sudah?"


      eh eh lil' Iman ni, mcm tau tau ja mommy kalau lepas marah mesti hati jadi sayu dan rasa bersalah, then kalau lil' Iman request jangan marah lil' Iman, lagi lah mommy rasa mcm I AM A BAD MOTHER ON EARTH! what the fruit sangat kan mrs pip ni , ngee.

      lil' Iman boleh nyanyi ABC dengan lancar ... time mandi, time mau makan, time bermain, time mau tidur malam, mesti nak ber-ABC. selain tu, lil' Iman suka nyanyi incy wincy spider, i hear thunder, happy birthday to you, humpty dumpty, johnny johnny ... tapi I tell you ols, cuma johnny johhny tu ja yang almost right , yang lain lirik semua lari ke laut ... ok lil' Iman, practice makes perfect.

      zikir dan surah pendek pun mrs pip ajar juga, tapi rasanya cuma surah al-fatihah tu ja la yang lil' Iman boleh ingat ingat tapi ada juga part part yang lil' Iman lupa, yang surah2 pendek yang lain tu he is trying to learn .... :))

      lil' Iman obses dengan all kind of lorries and heavy machineries ... so far dia kenal sangat dengan lori 10 tan, lori minyak. lori trailer, lori cement, lori mixer, bulldozer, backhoe, roller compactor, excavator, crane, ambulance, fire engine .... lil' Iman ni like parents like son la pulak!

      lil' Iman still suka rebut mainan lil' Amin ... as if like semua toys yang mrs pip and mr.Husband belikan tu milik dia sorang sorang, sukar sangat nak share ! kesian lil' Amin selalu nangis tak dapat main, walhal siap beli sorang satu .... gggrrrrrrr .... kadang kadang boleh naik SINGA mrs pip dengan perangai lil' Iman ni.


      our precious lil' Iman at the age of 3 and a half years


      pernah mrs pip blogged about gigi lil' Iman yang buruk kan, so last week we went to the dental clinic untuk minta pendapat sama ada gigi lil' Iman perlu dicabut atau boleh dirawat.

      serius, gigi lil' Iman memang sudah buruk semuanya! ... bukan satu dua, tapi menurut doktor, semua gigi lil' Iman sudah buruk dan lagi teruk gigi atas bahagian depan terhakis sepenuhnya, yang tinggal cuma akar yang still tertanam dalam gusi!

      doktor cakap, gigi lil' Iman tidak boleh dirawat, dan tidak juga elok untuk dicabut kerana terlalu awal pada usianya , dan kalau dicabut, mungkin akan membuatkan gigi kekal lil' Iman kalau tumbuh nnt tidak teratur! deng !!!! so now how?

      so, doktor nasihatkan we as the parents la kan, kena HENTIKAN lil' Iman menyusu malam coz bila dia susu malam, then dia tak minum air after menyusu, akan buat keadaan gigi lil' Iman menjadi lagi teruk ...

      OH NO!!!! rasa mcm mau pitam coz lil' Iman memang tak boleh tidur tanpa susu ... jangan cakap mau kasi stop lil' Iman menyusu, kalau mrs pip terlambat buat susu , dia punya menangis macam kena pukul! ....

      but mr.Husband cakap, "hey, just give it a try. never say no sebelum mencuba ok" ....

      so, hari hari kita cakap kat lil' Iman

      "Iman, no no susu ok, doktor cakap kalau Iman susu, nnt gigi buruk, so Iman must drink water banyak banyak ok, no no susu" ....


      after days and days kita cakap mcm tu, lil' Iman mcm dah boleh terima sedikit2 nasihat kitorang ... kalau dia minta susu, kita exchange dengan air dulu, dia minum sikit sikit, 10 ml, 20 ml, 30ml, then kalau dia insists lagi mau susu, then only we give him susu. kalau dulu 3 scoops for every 240ml, now 1 scoop sahaja for that 240ml! kejam rasanya, but it's for his own good.

      kalau dulu dia menyusu like 6-8 times per day, now memang kekerapan semakin berkurangan, like 4 time a day, then dia start request minta air dan one time dia boleh habiskan dalam 200ml air sekali minum, BRAVO for lil' Iman.

      dan for the very 1st time semalam, lil' Iman menyusu semalam sebelum hampir waktu tidur, halfway tu lil' Iman cakap dengan mr.Husband cenggini

      "Daddy, Iman tak boleh susu, nnt gigi Iman buruk. Doktor said don't susu"


      then dia request botol susu tu diisi air sahaja.

      then dia minum air tu dalam his botol susu, sambil minum sambil menyanyi cari tune untuk tidur ... then last last lil' Iman cakap kat mrs pip

      "mommy, hug Iman ... hug Iman lah" 


      serius he can't sleep, so he needs me to comfort him ...

      after hugging him tight, 30 minutes later lil' Iman berjaya tidur tanpa meyusu ... even botol yang berisi air tu pun dia hisap less then 30ml ....

      and oh yes,  lil' Iman love his mr. Stroller very much...  asal jalan ja mesti lil' Iman tanya naik stroller atau tak ... T_T

      to our dearest lil' Iman,

      daddy mommy and Amin love you so much. be a good son and be a lovely brother to your adik. it's ok if you still need diapers at nite, but say NO to diapers during daytime ok. slow slow mommy train you to not wear diaper day and nite, one step at a time.

      don't gaduh with Amin, don't jahat with Amin, must play together, and just give up if Amin rebut your toys, he will give it back to you after 5 minutes playing with your toys. Amin just wanna pinjam your toys , he has no meaning to take your toys to be his.

      if mommy and daddy hurt you and you hate it, we are sorry. sometimes we punished you to make you a better person. we have no meaning to hate you. so, just speak out your feelings and we will try to listen to you, but please you must listen to mommy and daddy too.

      grow up healthily and let's live happily and love each other ketat ketat.

      cheers.

      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       9/5/16 Old Entry

      hi there,


      I was once a big fan of the pua chu kang an of course the yellow boot.

      a boot is just a boot, but that yellow pua chu kang boot is a must for any fans of that comedy drama.


      so when I have lil' Iman, I bought that yellow pua chu kang boot .

      but that yellow boot is just ngam-ngam his size so lil' Iman can't wear it for a longer period.


      then I bought another one, yellow has no size for his foot.

      red pun jadilah!

      p/s: that yellow boot now jadi milik lil' Amin ... I should snap a new pix of lil' armies wearing the pua chu kang boot ;)



      remember this sitcom?

      "don't pray pray"
      "best in singapore and JB"

      haha, what a tagline.



      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       6/9/16 Old Entry

      hi there,

      spring cleaning lagi! ...
      tapi bukan bab bab nak mengemas rumah, ni mau kemas folder di laptop ....
      haish! banyak sungguh folder sana sini, mcm mcm isi ....
      pening kepala ...

      so, mrs pip bagi spring cleaning dulu , ingat rumah ja perlu spring cleaning?
      no no no, laptop pun perlu juga .... smartphone pun perlu juga , ntah apa apa yang di'save' kan,
      lepas tu terbiar terkubur dalam memory kan, last last baru bising apasal memory full!

      tengah kemas kemas tu, jumpa few gambar lil' Iman ... ni time lil' Iman still a baby la kan ... eh baby ke? ... Iman once upon a time .....




      lil' Iman and wawa .... dua budak kecil yang selalu buat rumah poh poh riuh rendah jaman dulu dulu T_T
      habis poh poh korang kerjakan!
      ni nak kemas folder laptop ni, boleh tahan lah juga ambil masa ... ish, serabut mrs pip nak mengemas ... korang pun janganlah mcm mrs pip dah bertimbun folder, baru nak mengemas .... kang nnt nak mencari data di laptop tu, banyak punya slow oooo .... 



      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       hi there,



      sambung sikit cerita kami sepetang di sungai kiulu ...

      sebelum sampai ke kiulu, mr.Husband singgah kejap di Tamparuli, nak check lokasi next coming catering ... dah check tempat tu, dah ok, so mr.Husband said better pigi Kiulu dah alang alang dekat dengan Tamparuli, though pada awalnya plan untuk pigi pantai dalit :p


      mrs pip punya happy once sampai sungai kiulu ni .... aman damai weh .... tengok muka wefie pun happy, tapi lil' armies ni layan sungai ambil feeling, tak nak layan mommy berwefie ...

      sungai yang bersih 
      layan perasaan tinguk sumgai 
      serius, bukan senang nak cari sungai bersih jernih mcm ni ... kalau di KK, rasanya sungai dah tercemar sedikit kan ...

      lagi mencuba berwefie with the family .... tapi lil' armies busy la nak bercerita tentang sang kancil dan buaya ... hurm ....

      geng tiga sahabat .... lil' Iman dekat dekat lil' Amin berlaga pipi tu kan, ekceli dia takut duduk kat belakang truck ni ... isu gayat lil' Iman ni tak habis lagi ni ... ;((((


      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

       5/26/16 Old Entry

      hi there,

      lil' Iman nowadays kalau dibawa berbual, dia bijak memberi response .... tapi kan, mrs pip perasan, dalam banyak banyak response, dia kerap kaitkan dengan satu benda ...

      for example:

      me: tadi Iman buat apa?
      Iman : tadi Iman tingu lori ...

      ***************************************

      me: Iman sudah makan?
      Iman: sudah
      me: Iman makan apa?
      Iman: Iman makan nasi, ada fish dan telur
      (kemudian lil' Iman akan rhymed kan lagu "itik bertelur ayam mengeram")
      me: Iman suka tak makan nasi, fish dan telur?
      Iman: suka.... memang sedap mommy masak. Lori pun suka mom-mom (eat) ....

      Iman: kasi mom-mom lori juga, nanti lori lapar ni .... (pointing at his lorry toys)
      me: pretending feed the lorry *sob sob*

      ***************************************

      Iman: mommy, ada lori la ... (sambil tunjuk di lori di luar tingkap)
      me: Lori apa tu?
      Iman: tu lori kontena, dia angkat barang
      me: ok, biarlah lori angkat barang, let's go sleep sleep
      Iman: kesian lori, dia work work ... laterlah lori tidur

      ***************************************

      me: Iman, tadi ada birds kan di sky, dia fly high
      Iman: ya, ada birds di sky tu, dia mau go home ... lori pun go home

      ***************************************

      me: Iman, baju Iman ni color apa?
      Iman: looking at his shirts then randomly cakap baju Iman color blue .... mommy ni lori (pointing at his lorry), lori color apa ni?

      ***************************************

      me: Iman, hari tu kita balik kampung, Iman ada jumpa siapa?
      Iman: Iman jumpa pohpoh, kungkung, auntie, cheche .... ada lori tu di kampung
      me: yeah, ada lori buruk di kampung kan (teasing him)
      Iman: Don't la lori buruk .... bukan lori buruk .... itu lori uncle, lori so big



      ***************************************

      me: Iman nanti grow up, Iman mau jadi apa?
      Iman: Iman mau lori

      ***************************************

      me: Iman ada take bath tak tadi?
      Iman: ada ... take bath sama lori

      ***************************************

      ok ....
      end of conversation ... seriously, semua pun lil' Iman relate dengan lori ;p

      lil' Iman memang suka lori .... obsessed I think .... hurm, why lori?

      kalau kita jenjalan, and daddy tengah driving and ada lori kan,
      lil' Iman la paling excited ... siap tahu jenis jenis lori ....

      lori kontena
      lori minyak
      lori kren
      lori tundu (towing car)
      lori bomba
      lori sampah
      lori barang

      it's ok lil' Iman, grow up well T_T

      Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
      or reload the browser
      Disable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
      Newer Posts Older Posts Home

      ABOUT ME

      Diary of Pip - It is a never ending journey of me being a mommy. I am so grateful having my precious gems (my kids) and I feel blessed to have them. And here is where I pen down the stories of my life as a mother.

      SUBSCRIBE & FOLLOW

      Follow Pip

      Pip Stories

      • ▼  2021 (148)
        • ▼  October (1)
          • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
        • ►  August (6)
        • ►  June (5)
        • ►  May (10)
        • ►  April (30)
        • ►  March (96)
      • ►  2020 (4)
        • ►  December (2)
        • ►  November (2)

      POPULAR POSTS

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula Buat
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9

      Tiara Empires

      • Pip Notes
        How to Encourage Siblings to Play Together Nicely
      • Bawan Lady
        Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Pip MommyKiddie
        Susu Nouqman Hilangkan Sembelit Dan Masalah Usus Penghadaman Anak
      • The Notes
        Elak Tidur Guna Kanta Sentuh
      • Today Love Letter
        Life Quotes #6

      Categories

      Amin BFF Christmas Family Farms Happy Birthday Iman Jalan-Jalan Kiddie Masakan Parenting Personal Pre-School RumahTangga Tips Wordless

      Advertisement

      Blog Stats

      Contact Admin

      Name

      Email *

      Message *

      Popular Posts

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
      • Iman || Beaufort Fire Station #1

      Labels

      Amin 77 BFF 3 Christmas 1 Family 13 Farms 1 Happy Birthday 9 Iman 84 Jalan-Jalan 1 Kiddie 4 Masakan 3 Parenting 2 Personal 1 Pre-School 13 RumahTangga 1 Tips 3 Wordless 1

      Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes