10/15/17 Old Entry
hi there,
hurm, maybe sekarang ni bila cuaca asyik hujan, kemudian panas, kemudian hujan lagi, dan panas lagi, mrs pip perasan mesti anak anak mrs pip ni demam. bila demam datang, terpaksalah mrs pip berjaga sepanjang malam, tidur memang takkan lena. mana nak risau suhu badan anak naik, mana lagi anak anak tu meragam tak kira waktu :(( bertabahlah sang ibu.
mrs pip nak kongsi cerita , hari tu lil' Amin demam .... pulse rate tinggi then ada masalah kulit gatal dan kering pula .... beberapa minggu lepas, lil' Amin diserang demam panas. lil' Amin ni jarang sangat sakit, tapi kalau dah sakit tu, memang boleh tahan jugaklah kena berdepan dengan ragam dia ni. itu ini semua tak kena, asyik lil' Amin nak marah marah sepanjang hari, tak selesa la kot dengan demam panas tu kan.
hari tu perasan suhu badan lil' Amin macam panas lah sangat. selalu tak macam ni. tapi lil' Amin ni walaupun demam, still sentiasa aktif and mood makan selalu tip top :)) muehehe ... dah rasa suhu badan panas sangat, pagi tu lepas hantar lil' Amin pi sekolah, mrs pip bawa lil' Amin ke klinik kesihatan awam.
bila masuk bilik doktor, macam biasalah nak periksa doktor tanya bila demam, dia ok ke tak, aktif ke tak, then doktor periksa badan, lepas tu ambil pulse rate. doktor macam tak puas hati dgn pulse rate lil' Amin, so check beberapa kali. lepas tu doktor cakap pulse rate tinggi sedikit daripada bacaan normal.
mrs pip relax jer lah, mana faham pulse rate normal and pulse rate tinggi ni apakah bendanya ... then doktor suruh masukkan lil' Amin ke bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. sampai kat kecemasan, nurse minta mrs pip baringkan lil' Amin, dan tak lama lepas tu nurse bagi lil' Amin makan ubat demam, dan ambil darah.
mrs pip pun tak tanya lanjut darah tu nak buat ujian apa. dalam fikiran time tu, cuma nak buat lil' Amin selesa so mrs pip trylah cerita2 layan soalan itu ini lil' Amin. rasanya dia pun hairan kenapa dia perlu baring kat katil then kena cucuk jarum, nasib baik anak mommy sorang ni bukan penakut, relax jer time kena ambil darah T_T
mrs pip nampaklah borang makmal tu untuk acute pharyngitis. lepas ambil darah, nurse hantar pi makmal, then tak lama kemudian, keputusan makmal keluar, doktor check lagi pulse rate dan telinga lil' Amin, doktor cakap semua normal, kecuali pulse rate lil' Amin still tinggi ...
apakah risiko kalau pulse rate tinggi? mrs pip tak risau mana pun coz tengok lil' Amin walaupun demam, tapi still aktif. dalam hati mrs pip menyoal diri sendiri "what's the consequences kalau pulse rate tinggi?" ... ish doktor tu macam ada telepati pula, mcm dia boleh nampak mrs pip sedang berteka teki di dalam hati, tetiba dia jawab "kita cuma risau kalau pulse rate tinggi ni dia boleh dapat jangkitan bakteria".
p/s: time kat kecemasan tu, mrs pip ada snap photos lil' Amin baring kat katil, lepas tu nurse cakap penggunaan kamera dilarang di dalam wad hospital, so kiranya tak boleh lah nak kongsikan kat sini. dah jadi gambar larangan kan ....
lepas doktor rasa puas hati dengan keadaan lil' Amin, doktor bagilah kitorang pulang, tengaharilah juga baru discharge dari kecemasan, kesian lil' Amin dah lapar. so ambil ubat lah dulu kat farmasi, then terus bawa lil' Amin pi makan kat kedai, walhal mrs pip tak gemar makan kat luar. ingat nak balik rumah, masak dan makan, tapi anak dah lapar kan .... tapi kena datang review esoknya, doktor nak pastikan pulse rate tu betul2 normal.
esoknya pula, masuk kecemasan lagi, nurse nak check pulse rate, so pasang BP Monitor. tengok bacaan dah normal, doktor minta lil' Amin datang lagi untuk pemeriksaan lanjut 2 minggu akan datang ... risau sangat doktor ni kalau2 lil' Amin kena jangkitan bakteria ....
2 minggu kemudian
jadi, dua minggu dah berlalu, lil' Amin pun dah sihat, ubat dan antibiotik dah habis consumed ikut jadual ... bila jumpa doktor (kali ni doktor lain pula), dan tengok laporan kesihatan terdahulu, doktor tu check pulse rate, bacaan normal. tengok lil' Amin pun dah sihat.
kemudian doktor tanya, ada apa apa yang merisaukan tak? mrs pip bagitau lah lil' Amin ada masalah kulit kering, dan gatal2 kat celah paha ... hari tu ada mentioned kat doktor sebelum ni, tapi pasal dia risau bacaan pulse rate tu sampai lupa doktor tu nak check kulit lil' Amin ...
doktor periksa kulit lil' Amin, doktor unhappy pula dengan kulit lil' Amin ni. doktor syak kulit lil' Amin mendapat serangan bakteria, siap sebut 2 jenis bakteria yang common serang kulit bila ada tanda tanda mcm ni ... alamak! tak ingat lah nama bakteria tu.
kemudian doktor tanya lagi, kat rumah sabun cuci kain, and sabun mandi anak apa jenis, anak ni selalu main lumpur ke tak ... bagitaulah jenis sabun yg kitorang pakai, dan eiiii I is jarang bagi anak turun rumah main lumpur ... doktor suggest mrs pip tukar sabun cuci kain dari serbuk ke liquid, dan tukar sabun mandi anak juga. doktor tu suggest guna SEBAMED.
then doktor prescribed aqueous cream dan H-cort cream. Aqueous cream ni untuk lembutkan kulit, H-cort cream ni untuk hilangkan gatal/alergi kulit ... balik tu pi cari Sebamed, seketul bar kecil tu RM15.00. try beli satu dulu. lil' Amin dapat lagi temujanji, doktor minta datang 2 minggu kemudian ... hurm, berjanji sakan pula lil' Amin ni dengan para doktor.
lagi 2 minggu kemudian
datang lagi jumpa doktor selepas last appointment hari tu. kulit lil' Amin dah semakin elok, dah tak gatal2 kat celah paha, paha dan bontot. tona kulit pun dah semakin elok. kalau sebelum ni, memang kulit lil' Amin bertompok tompok semacam sangat, lepas tu gatal dan kering.
tau tak, mrs pip tak tukar pun sabun cuci kain tu, tapi tukar sabun mandi lil' Amin ke SEBAMED. lepas seminggu gunakan SEBAMED + krim yang doktor bagi, kulit lil' Amin dah nampak banyak perubahan. lepas tu I is gatal hati nak guna sabun mandi lama tu, then mrs pip perasan kulit lil' Amin menunjukkan tanda tanda gatal dan kering ... hurm! baru tau selama ni sabun mandi tu lah yang tak sesuai utk lil' Amin, tapi kat lil' Iman, ok jer kulit lil' Iman, tiada sebarang kerengsaan ...
bila jumpa doktor (doktor yang sama periksa kulit lil' Amin), so mrs pip bagitaulah doktor kulit lil' Amin dah nampak ok, dah tak menggaru budak kecil ni, dah tak gatal gatal n kering. lepas tu cakap kat doktor, mrs pip guna SEBAMED. tapi bila guna semula sabun mandi lama, kulit lil' Amin gatal semula ... doktor tu bagitau, pemyakit mcm ni dipanggil dermatitis, buat kulit kering dan gatal. dan tak semua produk mandian bayi tu sesuai untuk semua bayi. ada yang ok, ada yang dapat alergi walaupun certified dermatologist tested ...
jadi, mrs pip learned something kat sini ... lain kali, mrs pip kena lebih prihatin dengan apa yang anak anak guna ... teringat dulu lil' Amin ada masalah alahan dengan cerelac. asal makan cerelac jer, mesti kulit muka terus berbintik bintik merah dan panas ... tapi lil' Iman pun makan cerelac, ok jer ... tu lah kan, anak anak ni, tak semua sama. tak semestinya kalau adik beradik dia yang lain ok guna jenama itu ini, dia pun ok sama ...
sebulan lebih sudah berlalu
Aqueous cream & H-cort cream |
mrs pip teruskan guna SEBAMED, dan habiskan aqueous cream dan H-cort cream tu, dah hampir nak habis dah ... tapi time 2nd appointment tu, doktor ada bagi lagu cream ni untuk standby sahaja, kot2 bila2 lil' Amin diserang lagi masalah kulit gatal dan kering ... memang sekarang ni mrs pip sangat prihatin kat apa yang lil' Amin guna kat kulit ... cukup cukuplah tengok kulit lil' Amin gatal hari tu, memang kesian sangat.
jadi mommies kat luar sana, kalau nampak anak anak korang asyik menggaru ke apa, kulit merah merah dan kering, cepat2 bawa pi klinik ... maybe bagi korang tu biasa jer tau, tapi kesian kat anak anak yang asyik menggaru saja ... dapatkan rawatan yang sewajarnya, bukan nak tunggu sampai alergi kulit tu makin teruk kan, dan prihatin dengan apa yang anak anak korang guna pakai dan makan ...
tu jer lah nak sharing motherhood experienced mrs pip ni ... hope perkongsian ni membantu mommies supaya lebih prihatin kat anak anak, dan happy parenting.
cheers.