Bawan Lady

Diary of Pip

  • Home
    • Promosi Di Shopee

       Old Entry:

      hi there, setiap bulan di playschool lil'iman, ada saja aktiviti menarik yang dibuat bersama cikgu dan anak anak murid .... ada masanya, cikgu berkongsi gambar di whatsapp, yang selainnya kalau nak check full pics, kena tengok facebook ....

      PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


      gambar di bawah ni ialah antara aktiviti harian / bulanan yang cikgu kongsikan di group whatsapp ... kalau boleh, nak saja minta cikgu kongsi aktiviti harian lil'iman setiap hari di sekolah melalui whatsapp, tapi segan la pula 😂 ...

      PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


      biasanya, aktiviti harian ni cuma melibatkan cikgu dan anak murid, tapi kalau aktiviti bulanan yang dirancang ketika setiap kali dalam mesyuarat bulanan ibubapa dan pendidik, yang ni akan melibatkan ibubapa untuk hadir ke sekolah 😀, dan yang pasti sesiapa yg hadir akan dapat 1 jam kredit .....

      PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


      kalau bulan Jun hari tu kita berpuasa, so aktiviti agak terhad, but still cikgu cikgu berusaha untuk adakan aktiviti ... aktiviti bulanan bulan Jun bersama ibubapa ialah majlis iftar dan sembahyang terawih di sekolah ... malangnya mr.Husband outstation, dan lil'armies pula sakit, so family mrs pip tak dpt join .... dapat 2 jam kredit sesiapa yg attend majlis tu ...

      untuk bulan July pula, ada dua program, satu MAJLIS RAYA ... dan satu lagi program ialah HARI BERSAMA HAIWAN ... yang ni, semua murid diminta untuk bawa binatang ke sekolah ....

      mrs pip hantar ayam telur seekor kat sekolah ... antara haiwan lain yang dibawa ialah beberapa jenis kucing, ayam jantan, arnab, beberapa jenis ikan, dan belalang ... mula mula nak bawa tupai hitam, mak mertua dah siap masuk dalam kurungan, tapi sehari sebelum nak bawa tu, tupai hitam tu mati sakit ... nak bawa monyet, tapi kurungan monyet tu besar, tak muat masuk dalam kereta 😢 ... so bawa ayam telur sajalah ....

      PAPN Aktiviti Bawa Haiwan


      selain tu, sebelum HARI BERSAMA HAIWAN hari tu, ada pemeriksaan gigi di playschool lil'iman ... gambar ni diambil oleh cikgu Rozie ... semua anak anak tak terkecuali untuk diperiksa gigi .. and thumbs up untuk semua anak anak, tiada seorang pun yang takut atau menangis, relax ja dorang kata cikgu ... gambar di atas ialah lil'iman dan hariz ketika sedang diperiksa gigi ....

      tu saja antara serba sedikit perkongsian aktiviti di playschool lil'iman sepanjang jun-julai 2017 .... hope all the kids sentiasa happy datang sekolah, cuma lil' iman lately byk sgt cuti, kejap2 selesema ... hurm 😥😥😥 .... dan bila dpt selesema ni, mrs pip mmg tak bg lil'iman pigi sekolah, nnt tak pasal2 anak2 lain pun terjangkit sama ....

      thanks for reading, xoxo

      cheers.

       Old Entry: 8/3/17

      hi there,

      well, raya aidilfitri dah tamat T_T baru ada kesempatan nak up entry raya lil' Iman at his playschool :) ... Permata (Membakut) celebrate raya pada 21/7/17 , majlis berlangsung selesai Maghrib ... cikgu cikgu saja jer buat waktu malam so semua parents diharap dapat hadir ... kalau waktu siang, ramai parents yang kerja kan, especially yang fathers ...

      setiap family diminta untuk potluck, well! I is suka bab bab potluck ni, masing masing masak lauk pauk sendiri dari rumah, then hidangkan untuk makan berjemaah bersama sama keluarga Permata yang lain ... mrs pip & family bawa ayam masak kari ... ekceli, menu masakan sudah ditentukan oleh the organizer, so senang setiap family kan, tau dah nak masak apa ...

      PAPN Raya 2017
      abaikan tudung mrs pip yang serabut dikerjakan oleh lil' Amin;
      tudung bawal beribbon, best pakai, harga cuma RM18.00
      beli kat blogger Wawa T_T


      sambutan raya di playschool lil' Iman ni bukan setakat datang makan makan saja, ada acara lain juga ... kitorang datang agak lewat, terlepas satu acara iaitu kids raya fashion show :( ... ala, tak dapat tengok anak anak Permata beraksi di runway ...

      time kitorang datang tu, acara karaoke raya dah nak start ... yang ni khas untuk bapa-bapa sahaja, dan ikut kumpulan keluarga masing-masing ... mrs pip keluarga kumpulan biru, ada 7 keluarga, tapi yang nyanyi tu cuma 4 orang sahaja, ok lah tu kan, ada wakil lah juga ... I is paksa mr.Husband untuk nyanyi sama ...muehehe ....

      PAPN Raya 2017
      mana mrs pip?


      lepas karaoke dah selesai, acara anyam ketupat bersama ibu-ibu pula ... mrs pip join game ni, seronok duduk ramai ramai dengan ibu ibu sekalian, gelak gelak nak anyam ketupat .. wei! cikgu cikgu Permata bijak giler, ingatkan dorang nak kita anyam ketupat guna daun kelapa , tapi tak ...

      cikgu cikgu tu boleh bagi riben, tapi giler pendek sangat riben tu. sorang dapat dua daun riben, tak stapler yer .. dah lah riben pendek, riben lepas pulak tu, macam mana nak anyam ni? .... 5 minit untuk siapkan anyam ketupat ni ...

      kita pun anyam la kan, ibu kat sebelah mrs pip kebetulan ada bawa stapler dlm handbag :) , apalagi, kitorang stapler ler riben mitorang semua ... aish! mcm mana pula ibu tu boleh terfikir nak bawa stapler yer, anyway thanks mommy Casey pinjamkan stapler utk kitorang semua T_T ...

      dah selesai acara anyam ketupat, beralih kepada persembahan bunga api ... yang ni kitorang beli bunga api collection duit parents + sumbangan Permata , yang ni just nak memeriahkan majlis raya tu plus untuk bagi anak anak happy ... dapatlah tengok bunga api 32 das kalau tak silap T_T

      PAPN Raya 2017
      gambar akhir sebelah kiri: cikgu cikgu sumandak PAPN Membakut :)


      dah selesai semua acara, well kita makan! semua enjoy ... ada kelupis, kari, rendang, ayam halia, sosej, mee, nasi, soto, kuih raya, kek raya, air cendol, minuman kordial, dan lain lain tu tak ingat dah ... thanks to all parents yang bawa all the awesome food and drinks for that nite ...

      lepas dah siap makan tu, kita bersihkan kawasan sekolah, kutip semua sampah and bapa-bapa diminta mop lantai ... dah siap, kita gambar ramai ramai sebagai tanda kenangan raya tahun 2017 di Permata (Membakut) ... majlis selesai jam 11 malam ....

      p/s: muehehe, yang anyam ketupat tu, mrs pip dapat 1st place! woha .... dan mr.Husband and his group dapat tempat ke-3 nyanyi karaoke tu .... baru tau ada penilaian pakaian sedondon, yang menang ialah keluarga Rayyan ... dengar2 dah dua tahun berturut2 family ni menang pakaian sedondon .. congrats! .. tapi memang sesuailah dorang menang award ni, family ni yang paling sedondon malam tu T_T


      entry ni just for sharing the memories untuk lil' Iman in his playschool  ... once lil' Iman dah besar dah boleh baca blog mommy, nnt lil' Iman bolehlah imbas kenangan lalu bersama kawan2 and cikgu2 di Permata ... love the school a lot! ....

      thanks for reading everyone, xoxo...

      cheers

       Old Entry : 30/7/17


      hi there,

      bulan ni, tema dokumentasi untuk dihantar ke sekolah lil' Iman ialah berkaitan dengan haiwan ... jadi, mrs pip pun ikutlah tema yang ditetapkan ... kali ni, dokumentasi ialah lil' Iman; let's feed the chicken! jom kasi makan ayam ....

      dokumentasi yang dihantar untuk bulan Julai ke sekolah lil' Iman


      suka lil' Iman dapat pegang ayam ni tau, bukan dia takut pun, mrs pip yang risau takut lil' Iman kena patuk ayam :) ... *ignorant mommy* muehehe ....


      ni ayam telur, asalnya ada 30 ekor, tapi few months ago, dua ekor tu mati, so tinggal 28 ekor .... cuma nak tunggu ayam ayam ni semua bertelur tu, kena sabar banyak banyak ....

      yang ayam kampung pula, alahai, kurus lah sangat ... nak cakap tak makan, padahal kuat makan ayam ayam kampung ni, ada 6 ekor semua ... bagi jagung, kejap ja habis, bagi nasi lagilah ayam kampung ni suka sangat ... sesekali bagi ubi kayu atau kelapa kalau ada ....

      mula mula, mrs pip pun takut nak bagi ayam ayam ni makan, takut kena patuk ... cis, padahal ayam tu bukan nak patuk tangan mrs pip pun, ayam ayam ni cuma nak patuk jagung dalam mangkuk yang mrs pip pegang ....


      kalau ayam telur tu, kena bagi makan baja gemuk , once ayam telur ni dah cukup gemuk nanti mixkan dengan baja telur, kot kot nanti bertelurlah ayam ni ... lepas ni nak makan telur, boleh ambil fresh from the reban! .... insya allah ....

      tu je lah aktiviti lil' Iman bersama ayam ayam sekalian ... dokumentasi pun dah hantar kat sekolah lil' Iman, dapatlah 1 jam kredit di bulan Julai ....

      cheers.

       Old Entry : 7/21/17

      hi there,

      Taman Banjaran Crocker


      sekadar nak berkongsi ... hari tu Iman cuti, dia selsema ... kebetulan mr.Husband ada urusan di Taman Banjaran Crocker ... dan mrs pip pula ada banyak benda perlu diselesaikan di rumah. so, request mr.Husband untuk bawa sekali lil' Iman kalau boleh lah , so senang mrs pip nak siapkan kerja rumah ...

      while lil' Amin pula stay at home dengan mrs pip saja ... bukan apa, lil' Iman ni, kalau mrs pip ada benda nak buat, dia paling suka mau 'tolong' ... tolong rosakkan kerja kerja mrs pip T_T ... alahai anak mommy sorang ni, suka kacau kacau kerja mommy kan ... hah! kan terpaksa mommy request daddy jaga lil' Iman ....

      lil' Amin tu pula lain, kalau mrs pip ada kerja, dia tak kacau sangat, setakat tengok tengok saja .. kalau mrs pip minta tolong, lil' Amin akan tolong betul betul ... "Amin, tolong lap pinggan" ... sure dia lap semua pinggan, siap susun elok elok ... cenggitu lah ...

      kalau lil' Iman pula "Iman, tolong lap pinggan" .... dia ambil kain untuk lap, setakat satu dua pinggan dia lap, pinggan pinggan lain tu dia susun susun jadikan permainan, kalau cenggitu, bila nak siap kerja mengelap pinggan ni ...

      jadi, bila mommy busy, and kebetulan ada daddy , so memang daddy lah yang akan melayan karenah si lil' Iman ni ... tu sebab, asal daddy outstation beberapa hari, mesti lil' Iman akan tanya "mommy, bila daddy mau come home?" .... bukan sekali tanya, dalam sehari tu, berkali kali lil' Iman akan tanya, hurmmm geng karas daddy lah katakan ....

      apapun, hope lil' Iman membesar jadi anak yang baik, sayang mommy daddy and lil' Amin ok ...

      cheers.

      Old Entry : 7/12/17 


       hi there,


      cerita raya sikit.

      selepas check out HOTEL YAHO, dah raya ke-4 dan masa untuk balik ke Membakut. pada mulanya plan nak ke Karamunsing untuk mencari barang, tapi terpaksa dibatalkan kerana mr.Husband rushing ke Keningau pula petangnya nnt selepas hantar kitorang balik :( ... but it's ok, beli barang tu still boleh hold lagi.

      since Hotel Yaho ni tidak menyediakan sarapan pagi, jadi mrs pip and the gang pun kenalah breakfast di luar, fikir punya fikir nak makan di mana, so we end up makan sarapan di McD , yeah! terus rasa nak makan bubur mcD, I like.

      Breakfast di McDonald

      seawal jam hampir 9am, mcD dah dibanjiri manusia ... ingatkan tak ramai orang nak breakfast kat mcD, rupa-rupanya tekaan mrs pip silap :( .... apasal ramai org sangat ni? ....

      berbarislah mrs pip nak order makanan ... dah siap2 plan nak makan bubur, tapi bila sampai giliran mrs pip, counter girl bagitau bubur memang tiada untuk hari tu ...banyak banyak hari, hari time mrs pip mengidam nak bubur mcD, hari tu lah bubur TIADA! grrrr ... 

      jadi tukar menu lah pula .. mrs pip pilih 2 set chicken mcmuffin with egg dan 2 set brekkie chicken with cheese wrap  , untuk semua set ni disediakan setiap satu hash brown + hot drinks , then add on 2 keping cakoi ... 

      do you guys think the kids will enjoy their breakfast in mcD? ... mula mula bagi our lil' armies makan hash brown, seorang sekeping ... yum yum yum, laju ja budak berdua ni makan, then bagi pula brekkie wrap untuk dorang ... 

      Breakfast di McDonald
      brekkie wrap yang dibuka kemudian terpaksa dibungkus balik :(

      lil' Amin : "mommy, errr, ndak mau lah"
      me :"why? Amin makan ok, sedap ni"
      lil' Amin : "mommy .... uhm, ndak sedap"
      me : paused

      me (sambil bagi brekkie wrap) : "Iman, finish your breakfast" 
      lil' Iman : "mommy, Iman tak mau ni, Iman mau yang inilah mommy (tunjuk hash brown)"
      me : "yang ni ndak mau? (tunjuk brekkie wrap)"
      lil' Iman : "tidak mau lah mommy ... uhm, mommy la makan"
      me : "not sedap kah?"
      lil' Iman : " sedap juga ni mommy (pandai jaga hati mommy), tapi Iman tak mau"
      me : looking at mr.Husband , paused.

      Breakfast di McDonald
      bungkus bawa balik tu brekkie wrap,
      tak pasal pasal ngap ngap masuk perut daddy and mommy

      haha, I tell you, baru mrs pip tau, our kids not so fast-food type ... kuang kuang kuang .... yang cakoi tu habis sekeping dorang berdua kerjakan ... dorang cakap sedap ... hash brown tu ok, dorang makan laju ja ... lepas tu siap insists mau minum teh, but mrs pip dah siap2 sediakan ribena dorang, so no tea for the kids.

      Breakfast di McDonald

      since budak berdua ni macam tak layan sangat breakfast mcD ni kan, so lepas ja dorang habiskan bahagian dorang, mr.Husband baik hati pinjamkan phone sekejap untuk dorang layan tengok video firefighter kegemaran dorang berdua. while mr.Husband and I, we were having happy time minum kopi dan teh sambil makan chicken mcmuffin dan kongsi makan cakoi ...

      Breakfast di McDonald
      tea for me, 
      coffee for mr.Husband

      walaupun tak dapat makan bubur, but I'm ok. bukan mengidam sangat pun, kalau ada then I'm happy, kalau tiada bubur tu, I'm ok saja .... tu sajalah cerita breakfast kitorang kat mcD ... time kitorang nak kluar dah dari mcD tu, memang boleh tahan ramai juga pelanggan mcD sedang berbaris menunggu giliran T_T

      thanks for reading.

      have a nice day everyone.

      cheers.

       12/16/18 Old Entry

      hi there, cerita minggu kedua Iman n Amin cuti sekolah ... seperti biasa, tuisyen setiap Isnin hingga Rabu, lepas tu Khamis sampai Ahad, mrs pip main cikgu sikgu dengan budak berdua ni ... tiada spesifik subjek nak ajar pun, just penuhkan waktu terluang dengan pembelajaran, so that dorang berdua tak rasa bosan menanti waktu berlalu, PLUS dapatlah tambah ilmu semasa cuti sekolah ... takkan asyik nak layan TV saja kan ...


      hari tu Iman asyik minta mrs pip belikan dia pensel warna ... well, bukan tiada pensel warna di rumah, tapi mrs pip cuma keluarkan bila perlu untuk mereka guna .. kalau hari hari guna, memang habis dorang kerjakan pensel warna tu ...

      kalau setakat mewarna ok lagi, ni tak, kreatif sungguh dorang ni, habis pensel warna tu jadi segala macam pistol senapang dorang buat .. eeeiiii ... 

      tapi pasal hari hari dah request nak sangat pensel warna, so belilah sorang satu pensel warna , biarlah dorang guna time cuti ni, tak perlu rebut rebut nak share, masing masing ada ... lepas ni puas hati dorang nak mewarna ... 

      dan nak lagi buat dorang teruja, saja ja bungkus cantik cantik dalam wrapping paper ... mrs pip bgtau kat Iman n Amin, ni reward mommy bagi pasal rajin pergi kelas tuisyen ... happy dorang dapat hadiah cenggini ... budak-budak kan, asal dapat hadiah, mesti suka ...


      selain aktiviti mewarna dan ajar Iman n Amin agar bila mewarna tu, biar namak kemas, mrs pip juga teruskan usaha mendidik Iman n Amin agar pandai solat ... eh, umur dah nak masuk 7 tahun kan, kejap lagi pejam celik insya allah masuklah umur 7 tahun tu, so kena lah gigih ajar dorang ni solat ..

      tiap kali belajar solat, dorang ni happy pasal dapat guna sejadah dan kopiah tu ... haha, budak budak kan, kalau benda tu dorang jarang dapat guna, once dapat mesti dorang happy ... Amin lepas belajar solat, kopiah lekat terus di kepala sampai tidur :)) ngeh ngeh ngeh ...


      selain tu, aktiviti luar dorang ialah jalan jalan pergi zoo ... dah janji pun dengan budak budak ni mau tinguk elephant kan, jadi kenalah tunaikan janji ... kalau mungkir, nanti ada yang mulut muncung sedepa ...

      >>> http://www.mrspip.com/2018/12/jalan-jalan-zoo-lok-kawi.html <<<


      selain tu, mr.Husband bawa budak budak ni pergi kebun di atas bukit ... kena daki bukit tu , penat juga daki bukit, tapi once dah sampai atas bukit tu, happylah Iman n Amin bermain di sekitar kawasan kebun yang tak seberapa luas ... 

      hari tu, mr.Husband just nak bersihkan rumput di kawasan kebun, katanya kalau lama tak dibersihkan, nanti rumput panjang, nak bersihkan sekali harung memang letih ... mrs pip sediakan bento box dorang, dari pagi sampai ke petang dorang stay di bukit tu ... langsung ndak ingat mau pulang rumah , suka dorang main di bukit ... 

      yalah, budak berdua ni kan memang jarangggg mrs pip bagi peluang main di luar rumah kecuali ada mr.Husband ... risau bah dorang main sampai sanaaa jalan raya ...

      so tu sajalah cerita cuti minggu ke-2 Iman dan Amin.

      cheers.

      6/17/17 Old Entry

      hi there,

      As usual, I have to submit lil' Iman's monthly documentation work. eh, ingatkan bab bab assignment ni dah boleh tolak tepi since no more study and retire jadi engineer kan, mak oiii budak playschool pun nowadays WAJIB hantar assignment T_T ... aiseh.

      this time, I'll go with the monthly theme. asyik selalu hantar assignment lari dari tema bulanan, theme for this month >>> plants <<< ... since the theme is not so specific, so whatever title about plants will do T_T ...

      lil' Iman still quite young, it's hard to explain to him how the tree has its fruit, very science la kan, maybe have to wait when lil' Iman is 6 years old kot baru boleh explain kat dia all these things.

      mr.Husband brought lil' Iman to our very small little garden the other day where mr.Husband planted some fruit tree and vegetables, doakan lah pokok buah-buahan kitorang menjadi buahnya yer ...

      let's check it out!


      watering the cucumber plants



      turmeric plant



      sweet lime tree (pokok limau manis)



      longan tree



      tarap tree



      dragon fruit tree



      guava tree



      coconut tree



      apple-mango tree



      loofah vegetable plants(petola)



      chili tree



      decorative tree
      some called this 'the feng shui tree'


      so, that's all for now ... and, since I need to comply with the monthly 4 credit hours, seems like I have one more hour to fulfill the requirement ;( ... I'm thinking spend the one hour in the playschool to teach the kids about making the taugeh ...anyone love taugeh here?  ...

      ada sesiapa tak yang tahu macam mana nak buat taugeh gemuk? aiyo, hari tu mrs pip buat eksperimen kan, taugeh tu tak seperti yang dibayangkan :( ... all my taugeh so kurus and panjang2 ... I nak yang gemuk gemuk mcm jual kat pasar tu!


      see my taugeh, panjang panjang kurus kan .... nampak tak menarik ;( ... so sesiapa yang ada link tentang pembuatan taugeh gemuk tu, kongsi dengan mrs pip ok. thanksss so much.

      p/s: mrs pip dah google, tapi still kalau ada yang dah bereksperimen sendiri berjaya dapatkan taugeh gemuk, share info tau.

      have a nice weekend.

      cheers.

      Newer Posts Older Posts Home

      ABOUT ME

      Diary of Pip - It is a never ending journey of me being a mommy. I am so grateful having my precious gems (my kids) and I feel blessed to have them. And here is where I pen down the stories of my life as a mother.

      SUBSCRIBE & FOLLOW

      Follow Pip

      Pip Stories

      • ▼  2021 (148)
        • ▼  October (1)
          • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
        • ►  August (6)
        • ►  June (5)
        • ►  May (10)
        • ►  April (30)
        • ►  March (96)
      • ►  2020 (4)
        • ►  December (2)
        • ►  November (2)

      POPULAR POSTS

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Masak Ayam Korean Ganjang Chicken, Senang Jak Pula Buat
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9

      Tiara Empires

      • Pip Notes
        How to Encourage Siblings to Play Together Nicely
      • Bawan Lady
        Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Pip MommyKiddie
        Susu Nouqman Hilangkan Sembelit Dan Masalah Usus Penghadaman Anak
      • The Notes
        Elak Tidur Guna Kanta Sentuh
      • Today Love Letter
        Life Quotes #6

      Categories

      Amin BFF Christmas Family Farms Happy Birthday Iman Jalan-Jalan Kiddie Masakan Parenting Personal Pre-School RumahTangga Tips Wordless

      Advertisement

      Blog Stats

      Contact Admin

      Name

      Email *

      Message *

      Popular Posts

      • Iman & Amin || Pengalaman Anak 1st Time Makan Aiskrim
      • Anak demam suhu badan tinggi 38.9
      • Terharu City Link Hantar Parcel Sampai Depan Rumah
      • Iman || Beaufort Fire Station #1

      Labels

      Amin 77 BFF 3 Christmas 1 Family 13 Farms 1 Happy Birthday 9 Iman 84 Jalan-Jalan 1 Kiddie 4 Masakan 3 Parenting 2 Personal 1 Pre-School 13 RumahTangga 1 Tips 3 Wordless 1

      Copyright © Kinsley Theme. Designed by OddThemes